Baru-baru ini timbul sebuah pendapat yang mengatakan Dato' Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman bukan pejuang kemerdekaan sejati, kerana mereka adalah 'orang' British.
Tapi, kalau mereka bukan pejuang kemerdekaan, macam mana pula 'Malaysia' merdeka? berikut mungkin penjelasan yang 'logik':
- British boring dengan orang di Tanah Melayu, lepas tu terus ambil keputusan merdekakan Tanah Melayu
- Tiba-tiba saja, Tanah Melayu merdeka
- PAS merdekakan Tanah Melayu
- Queen Elizabeth istiharkan kemerdekaan... long live the queen!
- Tanah Melayu memang merdeka dari azalli lagi
- Jepun merdekakan Tanah Melayu
Ini bukan pasal politik, tapi kalau tak ada usaha awal dari Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, Tanah Melayu akan jadi macam Brunei - tahun 1985 baru nak merdeka (instead of 1957).
Dan kita mungkin juga ditadbir oleh ahli konglomerat syarikat minyak yang mencemarkan alam sekitar dunia BP - British Petroleum dan memanggil 'Sir' kepada orang puteh macam zaman Kompeni Hindia Timur Inggeris dulu (KHTI)***
Tanpa Tunku, 'Malaysia' seperti sekarang tidak akan wujud, sebab tidak disertai oleh Sarawak, Sabah dan Singapura. Oh ya, Singapura juga tidak akan merdeka, kalau tanpa Tunku.
Ya, walaupun tidak diiktiraf oleh teks sejarah, Tunku adalah jurutera yang memerdekakan empat jajahan di Asia Tenggara (Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak), Jajahan kelima yang tidak menyertai Malaysia , Brunei pula -- terus dijajah sehingga 1985, dan sehingga kini, walaupun taraf hidupnya kelihatan mewah, tidaklah segemilang Malaysia dan Singapura yang merdeka berpuluh tahun lamanya berbanding Brunei.
Hargailah pejuang kemerdekaan Malaysia....
Selamat Hari Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432!
*** - Zaman 1957, reserve simpanan minyak di Terengganu masih lagi kurang diterokai, dan pada masa itu Sarawak bukan sebahagian dari Tanah Melayu. Jadi kalau Tanah Melayu tak merdeka sebelum tahun 1970an, cuba teka siapa yang akan ambil hasil minyak tu? Kalau tanpa usaha untuk mendapatkan kemerdekaan, rasanya tahun 2000 pun belum tentu boleh merdeka lagi.
p/s: Oh, btw... Dato' Onn Jaffar dan Jaffar Onn adalah dua individu berbeza, harap maklum.
Bonus: Muat turun
lagu asal "Tanggal 31" (MP3 2.6 MB) versi tahun 1960an (versi asal) oleh Ahmad CB.