PUTRAJAYA 16 Mei - Kementerian Kesihatan hari ni telah mengeluarkan amaran akan wujud nya satu wabak(demam) yang bakal melanda Malaysia bulan depan.Berdasarkan sumber-sumber yang boleh di percayai,wabak ini akan menyebabkan demam yang amat dahsyat.Seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang namanya di rahsia kan atas sebab-sebab keselamatan telah menerangkan tanda-tanda demam tersebut
Tanda-tanda:
1)Kemurungan
2)Keletihan
3)Menggambarkan emosi(gembira) yang keterlaluan,atau yang sebaliknya(sedih) secara tiba-tiba
4)Mengantuk
Pihak Kementerian Kesihatan juga telah mendapati demam ini akan menjejaskan produktiviti Malaysia selama sebulan.Pihak Kementerian Kesihatan menggelarkan demam ini dengan nama "DEMAM BOLA".Demam ini di jangka akan mula merebak bermula 9 Jun 2006,iaitu ketika bermula nya Piala Dunia 2006 di Jerman.Pihak Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai yang terkena jangkitan demam ni supaya sentiasa memperbanyakkan tidur di waktu siang.
Comments
salah satu simptom kritikal: perubahan warna pada muka.
antara warna yg dijangka, merah dan putih atau kuning dan hijau.
Post a Comment