Web blog.fakap.net

Go Go Go ENGLAND

Wednesday, June 07, 2006, posted by cr0mok

LONDON - Akhbar Britain semalam dibanjiri gambar penyerang England, Wayne Rooney yang melakukan tendangan libas kanan pada hari pertama latihan penuh sejak patah tulang kaki.

Pemain Manchester United berusia 20 tahun yang tercedera sejak April lalu itu, kerap diperkatakan oleh wartawan Britain sama ada dia akan pulih atau tidak menjelang pusingan akhir bola sepak Piala Dunia, Jumaat ini.

Semua pihak bersetuju dengan gambar pemain utama itu yang diambil sebelum berlepas ke Jerman, kelmarin akan memberikan keyakinan kepada penyokong juara dunia 1966 itu.

Bagaimanapun The Sun mendakwa jurulatih Alex Ferguson berang dengan pendedahan Rooney itu tanpa merujuk terus kepada pengurus Manchester United terlebih dahulu.

Ferguson dilaporkan, bimbang jika anak muda berbakat besar itu akan mengalami kecederaan yang lebih lama jika dia dibawa kembali beraksi, terlalu awal.

Rooney akan kembali ke Manchester, England untuk menjalani ujian imbasan kakinya tetapi bagi pengurus, Sven-Goran Eriksson, “saya tahu ini berita besar tapi tunggulah sehingga esok (hari ini).”

England masih mempunyai tempoh sehingga Jumaat ini untuk memastikan penyerang terbilangnya mampu menyertai Piala Dunia.


:)

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Blogger Wendy Bahari said...

yg dia pun skit punya baik hati gi wat bicycle kick tu wat per .. gatai kaki tul .. padan muka kena panggil balik MU :P bior kena jet lag lelama :P

Commented @ June 07, 2006 9:03 PM  
Anonymous farking said...

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/mypapit/domains/fakap.net/public_html/blog/index.php on line 166

Commented @ June 08, 2006 12:09 AM  

Post a Comment



Archives