Saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya berjumpa dengan rakan-rakan sebangsa
dengan saya dan kami berbual-bual dalam bahasa
melayu sambil diselang-selikan bahasa inggeris.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
orang bertanya bagaimana keadaan saya ketika
saya lapang dengan ayat-yang mengandungi
perkataam 'buhsan', 'borink', dan seumpamanya.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya terlalu sibuk memikirkan apa yang ingin saya
tampilkan dalam profil friendster saya.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya menidakkan baka melayu yang ada pada diri
saya dengan mewarnakan rambut selain daripada
warna hitam.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya terlalu sibuk memikirkan pakaian jenis apa
yang saya patut kenakan supaya kelihatan bergaya
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya dalam senarai makanan kegemaran saya
yang ada hanyalah nama-nama rangkaian restoran
makanan segera yang datangnya dari barat.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya membelanjakan ribuan ringgit hanya untuk
memiliki sebuah alat yang bernama telefon bimbit
yang acapkalinya lebih berfungsi sebagai
pelengkap gaya daripada sebuah telefon.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya merasakan muzik sesuatu yang amat saya
dambakan dalam kehidupan ini dan saya berasa
tidak berguna apabila ia tiada.
saya orang bandar yang moden dan dungu apabila
perbualan saya bersama rakan-rakan saya
biasanya berkisar tentang awek, filem terbaru di
pawagam, telefon bimbit, dan apa-apa saja selagi
ianya hip.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
hari lahir saya merupakan suatu kemestian untuk
disambut baik dengan parti, kek ataupun ucapan-
ucapan selamat walhal saya sendiri tahu satu-
satunya pencapaian terbesar pada hari tersebut
ialah bumi telah berjaya melengkapkan satu
bulatan lengkap berbanding tarikh yang sama
tahun sebelumnya.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya mempunyai agama dan tuhan tapi sedikit
benar ajarannya yang saya perlakukan.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya berpendapat kawan yang baik ialah kawan
yang sentiasa menyokong segala tindakan saya
dan mereka-mereka yang mengkritik saya ialah
orang-orang yang dengki kepada saya.
saya orang bandar yang moden dan dungu kerana
tidak mempercayai bomoh, pawang dan dukun
boleh berhubung dengan dunia ghaib tetapi
membaca ruangan horoskop dan menghantar
pesanan berantai yang bukan-bukan kononnya
boleh membawa tuah.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya sedar akan kepentingan teknologi terkini
tetapi hanya mampu menggunakannya sebagai
alasan untuk kelihatan mengikuti perkembangan
semasa.
saya orang bandar yang moden dan dungu bila
saya nak buat perkara-perkara yang 'happening'
sahaja. orang ke futsal saya ke futsal walau saya
kaki bangku, orang demam piala dunia saya turut
demam walau saya tak pernah ambil tahu tentang
bola sepak, orang ke konsert akadeni fantasia
saya ke situ jua walau seorang peserta pun saya
tak kenal dan terus-menerus.
saya sememangnya orang bandar yang moden
dan dungu.
*nota: penggunaan perkataan inggeris 'happening'
di atas adalah disebabkan saya tidak dapat
mencari perkataan yang paling sesuai yang dapat
menggambarkan dan mengekspresikan situasi
yang dialami pada keterangan tersebut.
credit to acong
Comments
Memang betul. Pasnihhh saya nak buat plak sajak saya orang kampung yang bijak dan bergaya plak dah. Salam perkenalan.
Post a Comment