
Dipendekkan cerita, si Denan yang suka memuja dan menyembah pemimpin atasannya, telah dilantik menjadi menteri setelah menang pilihanraya baru-baru ini. Ini memudahkan lagi kerjanya untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan. Dengan kuasa yang ada padanya, dia telah membolehkan kelab malam di buka sehingga pukul 5 pagi. Maka semakin majulah kasinonya itu.
Satu hari, Raja Judi dari Sabah, Osu Sekam, datang bertandang ke kasino Denan dengan tujuan untuk berjudi. Apabila menyedari bahawa kasino tersebut adalah milik Denan, Osu telah mencabar Denan untuk berjudi dengannya. Dia yang ketiadaan wang akibat kalah berjudi di England baru-baru ini telah menjadikan isterinya sebagai taruhan dan Denan pula telah mempertaruhkan kasinonya.
Dapatkah Denan mempertahankan kasino kesayangannya? Dan apa pula nasib Osu yang berani mempertaruhkan isterinya? Jangan lupa saksikan God Of Gamblers: When A Night Club Open Until 5 am...
Comments
Post a Comment