Web blog.fakap.net

Menantu Punya Pasal...

Sunday, July 23, 2006, posted by kei

Aku ingatkan Oxbridge Tingkat 4 ni pandai, betullah kata boss
"hidung belum kering..."

"pening kepala , kalau orang tanya aku pasaipa benarkan pengabungan ECM libra dan avenue capital cammana aku nak jawab ni, ni semua gara-gara menantu ku... oh menantu... tolong laa ayahnda jawab soalan ni..."


Eh ... nampak macam spreadsheet projection yang aku buat.

Kalau boleh faham, akan bertambah jelas menujukkan, kalau tak menipu goodwill dalam akaun sebanyak RM630 juta, shareholder ECM patut dapat hanya 30% bukan 53% share dalam Avenue International Capital Berhad (AICB).

Kalau tak faham, terajang budak-budak tingkat 4 kau! Biar kawan bawak team kami yang ikhlas mahu berkhidmat dan berjuang untuk bangsa dan negara. hehehe...
Syabas pada ahli UMNO dari Bahagian lembah Pantai yang telah raise issue pasal Avenue Capital dan ECM di briefing di briefing UMNO FT!

Untuk refresh the mind of rakan-rakan perjuangan, ECM Libra asalnya adalah syarikat inveestment adviser buat corporate work oleh Lim Kian Onn dan David Lim. Mereka ni bekas-bekas Eksekutif Hong Leong.

Masuk si Kalimullah, ECM ambilalih Bumiputera Securities yang tidak dikehendaki oleh CIMB bila ambilalih Bank Bumiputera. Jadi Danaharta jual pada mereka. Lepas tu mereka senaraikan sebagai ECM Libra Berhad.

ECM Libra digunakan bersama Khairy untuk membuat kerja "broker" untuk pelbagai corporate deal yang involve banyak penjualan harta kerajaan.

Seorang ahli korporat bawak proposal kepada Pak Lah berkenaan Avenue untuk diambilalih olehnya. Tetapi Pak Lah mintak diberi pada KUB. Jadi kalau siapa rajin bukak website Bursa, ada satu denial dari Avenue berkenaan news report yang KUB nak ambilalih. Tapi proposal itu telah dihijack oleh "Penasihat Policy" Zaki Zahid untuk ECM Libra guna untuk ambilalih.

Selalunya takeover syarikat PLC kena melalui proses general Offer yg bakal menelan belanja duit banyak. Tapi apa yang berlaku adalah terdapat penipuan, ugutan dan paksaan hingga Avenue jatuh free tanpa keluar duit oleh ECM. Maka, syarikat ECM yang jauh lebih kecil telah menelan syarikat kerjaan Avenue yang lebih besar.

Penipuan ini termasuk salahlaku jenayah untuk melakukan market rigging terhadap harga saham ECM supaya harga saham ECM yang hanya 70-80 sen dapat naik lebih tinggi dalam sekelip masa ke pada harga RM1.06.

Transaction jual beli melalui penerbitan saham baru Avenue di buat dengan meletakkan harga saham Avenue pada 66 sen, jauh dari harga sepatutnya dalam RM1 sesaham.

Conduct EGM pun sudah di putarbelit supaya blok kerajaan yang sepatutnya tidak boleh mengundi waiver di bolehkan. Tentu sekali setelah di paksa dan di ugut, mereka kena turut. Terdapat pemegang-pemegang saham yang terdiri orang dan pengurusan ECM yang sepatutnya tidak boleh hadir.

Akibatnya, pemegang saham ECM control 53% dari harga saham Avenue. Kalau mengikut amalan yang betul, mereka sepatutnya hanya boleh dapat paling banyak pun 40% sahaja. Maka, dengan kuasa 53% itu, Kalimullah, Lim Kian Onn dan David Lim yang punya kuasa 22% menguasai sahamsyarikat kerajaan. Dapat ambilalih dan gabung company kerajaan dan melayu dua kali.

Saham kerjaan yang sebelum ini sebanyak 34% jatuh kepada 15%. Biasa lah Pengarah yang represent kerajaan ni tak ada telor, ikut macam lembu kena cucuk hidung.

Satu soalan telah dianjurkan oleh pihak Back Bencher tetapi sehingga hari ini, tidak ada jawapan dari pihak kerajaan.

Mengikut ceritanya, Kalimullah dan Khairy sendiri jumpa Avenue dengan kata-kata I want this Company. Tan Sri Nor Mohamad Yakcop hanya negotiate harga ECM dari RM1.50 ke lebih kurang RM1.00. Ikut saja... takkan Dato Norza Zakaria tak boleh jawab malam tadi di Nikko. Semua surat menyurat masuk meja Tan Sri Nor dia control untuk Khairy.

SC Chairman hanya berkata I cannot do anything. Instruction.... bila di tanya seorang ahli UMNO. Sampai sekarang Bursa saham bawah si Yusli or orang market panggil Useless, tidak investigate market rigging.

K&N Kenanga bangang justify deal sebagai "reasonable and fair". padahal lembaga Pengarah tulis dalam Prospectur sebagai "reasonable" saja dan tidak "reasonable and fair".

Fikir lah untuk menjustifikasikan nilai ECM yg mengikut calculation adalah terlalu tinggi, dia bandingkan dengan CIMB dan Ambank. Macam membandingkan leadership Tun Dr Mahathir dengan YDP (Yang Di Salah Pileh) ....


Bukan mudah untuk fahamkan orang ramai akan isu ini... tapi ianya adalah rompakan harta kerajaan dengan syarikat kecil makan syarikat besar tanpa kelaur duit..... tak pernah terjadi di Malaysia



p/s : saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, suka baca ja benda-benda cam ni :-P

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Anonymous Azhar Ahmad said...

Aiyokkkk penganalisis saham. Orang ekonomi ek! Pakcik tak faham gak sebenarnya. Tapi buat2 paham. Ekekes. Lagi satu dah lama nak bagtau, kat bawah kotak komen nih tersilap tulis. Ditulis 'remenber me' yang sepatutnya 'remember me'. Hanya ingatan ikhlas dari sorang kawan! Chiaoooooww

Commented @ July 23, 2006 8:04 PM  

Post a Comment



Archives