Web blog.fakap.net

Superdet Return...

Saturday, July 08, 2006, posted by kei

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati

Seorang superhero yang telah pencen, Superdet telah meletak jawatan sebagai Presiden negara Malaypulis dan bercadang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah kebajikan orang tua. Namun apabila melihat musuh lamanya, yang juga penggantinya iaitu Lah Luthor telah melakukan berbagai kemusnahan serta kerosakan kepada projek kesayangannya, Superdet ingin kembali berkuasa semula.

Malangnya apabila menyuarakan hasratnya itu kepada bekas menteri kabinet beliau, mereka semua menolak mentah-mentah termasuklah menteri yang pernah dicintainya dulu, Pidah Lane.


Superdet mengunakan berbagai strategi untuk memenangi hati rakyat negara Malaypulis. Lah Luthor pula pergi bercuti kesebuah pulau dan menyerahkan segala permasalahan yang ditimbulkan oleh Superdet untuk dijawab oleh timbalannya. Berjayakah Superdet berkuasa semula?
Jangan lupa untuk menyaksikan filem terhebat abad ini, Superdet Return...




Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Anonymous Azhar Ahmad said...

Pergkhhhhh mendalam sungguh maksudnya. Uhummmm.... ingat tak saya ada kata dlm komen yang dulu. saya nak buat sajak Saya orang kampung yang mundur dan bodoh. Ahaks :). Saya dah tukar jadi Saya orang FELDA yang mundur dan bodoh! Hasil nukilan saya sendiri. Mehla datang! Anyway, mmg smthg la Cik Det nih skang. Banyak benda tak puas hati... Tp jgnlah PM nanti macam jawatan kat kelab. Bley tukar2 sesuka hati. Thn ni aku tak pegang. Tahun depan aku pegang balik!. Just my 2 cents.

Commented @ July 09, 2006 11:44 AM  

Post a Comment



Archives