Web blog.fakap.net

Surat Mintak Kerja

Friday, July 14, 2006, posted by kei

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)


Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam
bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai
tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini.
Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya
juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah
ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR
adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja
saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan
pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak
susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..

4. Pengalaman kerja
- Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
- Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
- Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan.

Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh
disamping bangun awal dan datang kerja awal.

Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.
Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.

Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,



(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Anonymous Azhar Ahmad said...

Huhhhhh.... Ada perkataan ganja di situ. tak takut ke kena mintak maap ngan org nanti. Ekekekes.

Commented @ July 14, 2006 9:06 PM  
Anonymous mr_hulk said...

tak ambik kan...mati...hehehe...kalu aku laa...aku ambik jugak.....tapi letak kat tandas...suruh dia jadi pak gak kat situ....nak mencuri pun....dapat curi mop penyapu je....hehehe

Commented @ July 14, 2006 9:36 PM  
Anonymous Minty Mint said...

Oit! Mau mati ka? hahaha

Commented @ July 17, 2006 12:02 AM  

Post a Comment



Archives