Web blog.fakap.net

Merdekakah Kita?

Monday, August 21, 2006, posted by kei

Selepas Mahathir menangis dan meletakkan jawatan, rakyat digantikan pemimpin yang lemah, lebih berbulan madu dari bekerja. Sikap yang bukan sahaja dimiliki oleh Pemimpin malah segenap menteri yang ada. Tidak melakukan kerja dengan seikhlasnya dan tidak bersungguh-sungguh. Memonopoli kekayaan masing-masing tanpa bimbang kerana Perdana Menteri tidak mampu mengawal sikap buas nafsu menteri yang ada. Menteri sekarang kurang ajar. Kalau Pak Lah kritik, mereka tidak menyokong, maka kerana itu Pak Lah tunduk dan membiarkan segala bentuk penyalahgunaan kuasa dikalangan menteri. Kepimpinan yang padan dengan menterinya. Rakyat? Padan muka.

BUAT-BUAT BIJAK

Untuk dilihat bagai mampu, Pak Lah cuba melancarkan pelbagai bentuk rancangan. Usaha ini bermula apabila minyak dinaikkan harga pada awal tahun ini. Rancangan RMK 9. Untuk majukan rakyat atau untuk tutup kelemahan?

Sejak ia mula diperkenalkan, ceritanya sahaja sudah mengambil masa hampir setengah tahun. Sehingga kini perlaksanaannya tidak kelihatan lagi. Pihak kontraktor yang sekian lama menganggur, mula tertanya-tanya rakan yang berada di jabatan-jabatan kerajaan samaada sudah ada atau belum borang tender, namun jawapannya menghampakan. Borang tender ada tapi kerja yang tiada.

Lalu Rafidah Aziz pun ikut serta, melancarkan IMP3. Apa ke jadah tu? katanya untuk membangun dan menseragamkan industri di Malaysia. Penulis tidak berminat untuk mengetahui secara lebih dekat. Apa yang jelas, ianya adalah umpama MP3 mainan kanak-kanak untuk berhibur. Tidak lebih dari itu. Tak percaya? Tunggu sahaja.

SIAPA DAN APA YANG BENGKOK?

Di dalam usaha Pak Lah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada beliau, beliau diserang oleh bekas PM, Mahathir Mohamad. Bermula dengan isu pembatalan Jambatan Bengkok, ia terus membabitkan isu pemilikan saham ECM LIBRA dan pemerolehan projek kerajaan oleh Kamaludin. Jambatan sudah bengkok, pemimpin pun bengkok sama.

Wawancara disiarkan keseluruh Malaya. Cakap terus cakap tapi buktinya tiada. Maka jawapan Pak lah diragui dan tidak boleh diterima. Berkata-kata seperti lagak orang yang rendah daya pemikirannya. Esoknya, Khairi jual saham dan Kalimullah mengurangkan saham majoritinya untuk dilihat sebagai syarikat yang masih diterajui oleh Malaysia, kembali. Usaha mengkualitikan penipuan.

Jual beli saham di dalam bentuk kertas. Benar atau tidak, rakyat tidak peduli. Ibarat tutup bangkai gajah dengan daun pisang, baunya terkeluar jua. Orang tidak tanya mana transaksi penjualan saham, yang pasti kertas tertulis menyatakan syarikat dah berubah. Mungkin ada 'power attorney' dimana-mana. Peduli taik dengan usaha menutup salah ini.

PESTA NAIK HARGA 2006 MENYAMBUT KEMERDEKAAN

Kenaikan harga minyak di negara kita dan kerajaan cuba mengalih kesalahan kepada harga pasaran minyak dunia yang naik. Maka berjanjilah kerajaan untuk pastikan kenaikan harga tidak membabitkan barangan lain. Kerajaan mungkir lagi.

Bermula dengan kenaikan caj elektrik ia membawa kepada kenaikan harga barangan keperluan lain. Gula yang dahulunya banyak, kini dikedai yang tinggal hanyalah garam dan ajinomoto. Gula hilang entah kemana. Masing-masing tunggu dan lihat. Harapkan kerajaan, cakap kosong hingga ke hari ini.

Puas sudah Shafiee Apdal beralasan. Penyeludup gula jadi alasan. Akhirnya bendera kalah diangkat. Beliau meminta bantuan TPM untuk mengarah pengilang GULA mengeluarkan gula kasar menggantikan gula halus. Yang pasti Gula Halus 60% lebih mahal harganya dari gula kasar, dan untung mungkin lebih. Rakyat tiada pilihan, selain membeli gula halus sebagai ganti. Rakyat terpaksa menerima situasi yang dicipta. Pengeluar gula ketawa bergaya. Kerajaan kedip-kedip mata mesra dan rakyat semuanya terkena.

NAIK YANG TAK PERNAH TURUN

Ura-uranya harga air juga akan turut naik. Maka menteri sudah mula mengugut rakyat untuk tidak membazirkan air, jika tidak, harganya akan naik. Siapa yang membazir, pastinya bukan aku dan anak aku. Strategi lama, politik kuno untuk menyalahkan rakyat demi untuk menaikkan harga air pula. MInta harga naik, tapi setiap rumah ketika ini menggunakan penapis air yang kelihatan kuning dan berkarat.

Dulu alasan swastakan air untuk memberikan air bersih. Kini harga akan dinaikkan dan alasannya serupa. Menggantikan batang paip untuk menyalurkan air yang bersih. Alasan serupa untuk 100 tahun akan datang. Karat di 'filter' sudah lama kelihatan, akhirnya rakyat mati berkarat di dalam. Yang berharap akan mati dan air masih seperti dulu, malah lebih teruk lagi.

Dalam senyap-senyap barangan dipasar juga turut naik. Ikan dan sayuran harga berubah-ubah. Tiada siapa lagi mahu pantau. Shafiee Apdal sudah SEPERTI gula, hilang entak kemana.

Mungkin mereka mahu menekan rakyat untuk terus hidup menderita akibat rakyat sudah tidak percaya. Yang peliknya, Hari Raya Aidil Fitri nanti, barang sukar diperolehi atau harga barang naik. Syarikat pengeluar air minuman pasti akan beruntung kerana jika kurang gula bangsa Melayu akan sambut raya dengan 'air botol' dan kueh terpaksa dibeli dengan harga tinggi. Akan hilang lah budaya rumah terbuka pada rakyat kecuali para menteri yang buka rumah kerana ada peruntukan dan untuk membeli hati pengundi.

APA!! DAH MERDEKA KE?

Kini sudah tiba OGOS 2006. Dek kerana lembabnya kerajaan tangani kenaikan harga barang, rakyat semakin terhimpit. Bezanya merdeka dan sebelumnya, kini segala-galanya perlu dibayar. Ramai yang tidak tahu kemewahan sebelum merdeka, tapi sejarah menceritakan oleh orang tua yang masih hidup, dalam setuju dengan kemodenan, mereka merungut tentang sikap masyarkat moden dan maju. Rungutan orang tua membawa ke akhir hayat. Pening kepala tengok gelagat anak muda yang maju tapi tidak tahu malu. Tutup sana buka sini, tutup sini buka sana. Akhir sekali, buka semua. Top top mengandung. Mak bapa ketawa, sejuk perut mak, anak aku normal, boleh mengandung rupanya.

Kita bersetuju bahawa kemajuan yang kita perolehi ketika ini menjadikan rakyat semakin senang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Susah ketika sebelum merdeka, senang ketika proses capai kemajuan dan kembali susah apabila sudah maju seperti sekarang.

Kini, sedikit demi sedikit kesempitan sudah mula dirasai. Keluar sahaja sudah memerlukan belanja. Sehari belanja RM50 sudah seperti perkara biasa. Minyak, minum, tol, bil talipon dan belanja harian sebagai perkara yang pasti.

Segalanya perlu dibayar. Begitu juga dengan cukai pintu, barangan dapor, anak kesekolah, elektrik dan air, minyak kenderaan, tiusyen anak-anak, tol lebuhraya, talipon tangan, cukai kenderaan, cukai pendapatan, kenaikan harga barangan. Semuanya membebankan. Sedangkan pendapatan hanya sedikit tapi dek kerana hendak merasakan kemajuan, maka segala-galanya perlu dibayar.

Kerja 5 tahun gaji tidak naik, tapi barangan dan perkhidmatan, harganya naik berkali-kali ganda sehinggakan kerak melebihi periuk dan kini terkeluar dari mulut periuk yang besarnya tidak pernah bertambah besar.

AKU SUDAH JEMU

Tiba sahaja bulan OGOS akan ada kempen kibarkan bendera. Hidup seperti terpaksa. Hati sedih, jiwa terkongkong dengan karenah kerajaan dan kelembapan bertanggung-jawab, tapi rakyat dipaksa untuk menyambut kemerdekaan. Saban hari media meminta agar sambutan diraikan oleh rakyat dengan menaikkan bendera. Jika 2 ke 5 tahun sebelum ini, terdapat ramai pemilik kenderaan memasang bendera pada kereta mereka, namun sekarang sudah berubah. Perbelanjaan perlu lebih berhemah dan kerana itu RM10 untuk satu bendera, dikira membazir. Untuk gantikan bendera, gantung kan seluar dalam yang berjalur warnanya. Asalkan ada yang berkibar.

Jika dahulu ada syarikat yang ingin menaja bendera dengan mengedarkannya kepada pemandu kenderaan ditol-tol tetapi kini sudah tidak kelihatan. Banyak syarikat yang sekarang sudah tidak mampu lagi menderma.

Bangsa asing melihat KEMERDEKAAN itu satu peluang, bangsa Melayu melihatkan Kemerdekaan itu satu sejarah dan keraian yang berulang. Yang pasti satu untung dan satu rugi. Rugi Melayu adalah kerana beli bendera dan keluar jauh malam, untung bangsa asing adalah kerana jual bendera dan malam duduk rumah makan bersama keluarga. Esok Melayu bangun lewat sedangkan bangsa asing bangun awal untuk terus berniaga.

JENERASI BARU PRODUK BARU

Berikutan kegagalan kerajaan di dalam menjaga dan menitik beratkan kepentingan rakyat, kita sebenarnya hidup seperti diera penjajahan. Sukar memperolehi barangan dizaman dahulu akibat putus hubungan kerana perang tetapi ketiadaan barangan ketika ini adalah kerana tiada wang untuk membeli barang dan pengusaha pula hentikan pengeluaran barang demi untuk menaikkan harga barangan tersebut. Keadaan berbeza tapi hakikatnya serupa. Merdeka kah kita?

Dalam banyak-banyak kekesalan, kerajaan seharusnya bersyukur kerana masih ada golongan yang ingin menyambut kemerdekaan. Pasti dilihat nanti bagaimana adanya golongan intelek dan remaja-remaja yang menyambut kemerdekaan di pub-pub, disco dan pusat hiburan sehingga ke pagi. Kebanyakannya adalah golongan remaja produk kerajaan. Yang terpesong akibat sistem pelajaran ala British dan Kerajaan Islam Hadhari, Hari-hari, tiap hari lupa diri.

RAKYAT SUDAH LUPA KEMERDEKAAN

Semangat nasionalisma dan kemerdekaan kini semakin pudar. Di dalam kita mengecapi kemerdekaan dan pembangunan yang dicipta oleh pemimpin UMNO sejak dahulu, ternyata ianya menambah beban kepada rakyat. Bangsa Melayu semakin hari semakin tercicir. Pulau Pinang sudah hampir menjadi Singapura, Kuantan sudah menjadi Hadyai, Kuala Lumpur sudah menjadi New York dan Kelang sudah menjadi BRONX. Ada kemajuan, ada kemiskinan dan ada jenayah yang sukar dikawal.

Jenayah akibat kesempitan hidup menjadi-jadi. Sebelum merdeka kita diserang musuh, kini kita diserang penjenayah yang mungkin juga jiran kita sendiri. Hidup tidak seharmoni dahulu kerana ekonomi semakin membimbangkan. Kehidupan rakyat tidak seimbang. Yang kaya, teramat kayanya dan yang miskin semakin menghimpit kemiskinannya. Ada yang menjadi ROBIN HOOD dan ada yang menjadi ARIEAL SHARON.

Rakyat sudah ada kasta. Pariya akan berusaha untuk menjadi kaya. Kaedah mereka berbeza. Yang bijak guna akal, yang bodoh guna kederat dan yang ingin mudah, menjadi penjenayah. Rompak sana dan sini. Jentolak bukan lagi untuk projek RMK 9, tapi untuk merompak bank, membawa lari mesin ATM.

MELAYU YANG MERDEKA

Setiap tahun, Bangsa melayu adalah bangsa majoriti yang menjerit sakan dihari kemerdekaan. Entah apa yang dijeritkan, aku tidak tahu. Namun yang pasti aku menjerit bila semua orang menjerit. Jeritan aku hanya ikutan dan bukan dari pengertian yang sebenar. Benarkah kita sudah merdeka? Persoalan yang dijawab dengan jawapan khayalan para pemimpin sejak dahulu.

Sorakan itu kini terhenti kerana bangsa melayu sudah tidak kekal merdeka. Puas sudah kerajaan meminta supaya kita terus bersorak, tetapi sebenarnya kita bimbang akibat SORAK MENANG, TANAH TERGADAI. Islam kini juga sudah ditindas dan dipermainkan. Bangsa Melayu sudah lama diperalatkan oleh pemimpin dan bangsa lain, kerajaan kononnya memperuntukkan belanja untuk kemajuan bangsa Melayu, sedangkan peruntukan itu lari entah ke mana.

Pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dimana-mana tanpa ada usaha sekatan oleh kerajaan. Kebenaran digelar FITNAH dan TOHMAH. Kerajaan cuba membenteras sebarang kenyataan yang dianggap fitnah sedangkan tidak berusaha untuk menidakkan tuduhan dan mencari bukti. Terlalu banyak sekatan untuk mencari kebenaran tetapi kepada kerajaan pintu luas terbuka cuma malas nak cari kebenaran kerana tiada lagi kebenaran. Kerajaan sudah tahu, mencari bukti akan membuka aib diri.

Di dalam kampung Melayu yang mempunyai penduduk yang ramai keluarga, tidak tentu lagi 10 orang yang berjaya. Hendak salah kan kerajaan? Tentu alasan kerajaan, MELAYU MALAS. Kini Melayu benar-benar Malas. Malas untuk berharap kepada kerajaan, malas untuk percaya kepada kerajaan dan malas untuk menyambut kemerdekaan.

HASRAT SEBENAR

Aku memang mahu merdeka tetapi pemimpin Melayu yang mahu Melayu dijajah semula.

Merdekakah kita jika hingga sekarang kita masih berharap untuk menjadi maju seperti bangsa lain? Merdeka kah kita jika kita sendiri tidak boleh kritik kerajaan? Merdeka kah kita jika kita sendiri di dalam kesusahan untuk sekadar hidup?

Kita lambat maju kerana berharap pada kerajaan untuk merealisasikan kesemua janji yang pernah diucapkan. Tunggu dan tunggu, kini kerajaan tegah rakyat untuk tidak lagi berharap pada kerajaan. Melayu kini mula bertapak sendirian tanpa bantuan. Bantuan diberikan? Itu semua janji palsu.Melayu bodoh kerana pegang pada janji sedangkan janji tidak pernah ditunaikan kecuali ada kepentingan.

Aku hilang kenyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan maka kerana itulah aku tidak lagi sambut 31 OGOS. Pada ku 31 Ogos adalah hari menjerit sakan ala Pak Kaduk.

p/s : Credit to Raden Jawo

Iklan ini ditaja khas oleh #fakap petro.
Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia :)

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Anonymous Anak Merdeka said...

21 Ogos Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan dua ribu enam
Berkuda! Di kota!
Nak dara dan duda
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan dua ribu enam
Hari yang mulia
Hari bahagia Sambut dengan Khalid Md Jiwa
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari berkuda Berkuda!
Dua satu bulan lapan dua ribu enam
Siaran langsung oleh TV3 Berkudaaaa.....berkudaaaaa......berkudaaaaaaaaaaaaa.....................................berkuda.

Gambar dan video sensasi perkahwinan di sini


Sensasi Gempar Panas Membara Cepat Klik Sebelum Terlambat


Sensasi Gempar Panas Membara Cepat Klik Sebelum Terlambat


Sensasi Gempar Panas Membara Cepat Klik Sebelum Terlambat

Commented @ August 22, 2006 9:05 AM  

Post a Comment



Archives