Web blog.fakap.net

Ayam Oh Ayam

Friday, September 22, 2006, posted by kei

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Menjelang masuknya bulan puasa beberapa hari lagi, harga runcit ayam daging seluruh negara akan dinaikkan sebanyak 65 sen setiap kilogram mulai esok.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan- Persatuan Penternak Malaysia (PPPM), kenaikan tersebut berpunca daripada pertambahan dalam permintaan berbanding penawaran di pasaran.

Katanya, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini ialah RM5.65 daripada RM5 sekilogram manakala harga siling ditetapkan ialah RM6.70 sekilogram.

Bagi ayam siang beserta kaki, kepala dan hempedal, harga runcit kini ialah RM5.05 sekilogram berbanding RM4.45 sekilogram.

Kata kenyataan itu, harga siling yang ditetapkan bagi ayam itu ialah RM6 sekilogram.

Meningkat

Harga ayam ladang hidup pula turut meningkat kepada RM3.20 sekilogram daripada RM2.55 sekilogram.

Tambahnya, harga pemborong bagi ayam siang dan ayam hidup masing-masing meningkat RM4,45 dan 3.79 bagi setiap kilogram.

Sementara itu, harga runcit baru bagi ayam hidup pula meningkat sebanyak RM4.20 sekilogram berbanding sebelum ini RM3.55 sekilogram.

Bagaimanapun ia masih belum melepasi harga siling ditetapkan iaitu RM6 sekilogram.

Menurut kenyataan itu, walaupun harga ayam mengalami kenaikan, ia bagaimanapun terkawal dan masih di bawah paras harga ditetapkan oleh kerajaan.


komen-komen yang biasa kita lihat.....

1. Tepat pada masanya
2. Kenaikan tidak dapat dielakkkan
3. Masih tidak membebankan rakyat
4. Masih rendah berbanding dengan negara luar
5. Sudah lama tak naik
6. Untuk menggalakkan rakyat berjimat
7. Kenaikkan masih minima
8. Ubah gaya hidup

9. Boikot ayam, makan ikan
10.Tidak akan naik lagi sampai tahun depan

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Post a Comment



Archives