Web blog.fakap.net

Kos Satu Hidangan Makanan Anda?

Sunday, September 03, 2006, posted by kei

Petikan drpd Utusan Malaysia (26 Ogos 2006):

"Sebanyak 32 orang kenamaan akan duduk di meja-meja utama dan dijamu dengan 12 jenis menu dengan kos mencecah RM297,000.

Antara menu itu ialah Kerana Jelingan Sup Ekor Berempah, Purnama Merindu Nasi Kabuli, Nasi Putih Kukus Daun Pandan Berpantun Kasih dan Ikan Kerapu Goreng Tepung Bersama Sos Pedas Bunga Kantan Nian Di Hati." - Perkahwinan Siti-Datuk K



12 jenis menu dengan kos mencecah RM297,000 untuk 32 orang kenamaan.

Setiap orang kenamaan boleh menikmati satu hidangan dengan 12 jenis menu.

Secara puratanya, (dengan kiraan RM297,000 / 32 orang) setiap seorang menikmati hidangan yang berharga RM9281.25.

Setiap menu yang dinikmati oleh seorang, secara puratanya (dengan kiraan RM9281.25 / 12 menu) berharga RM773.44.

Cuba bandingkan kos SATU HIDANGAN untuk SEORANG yang berharga RM9281.25 yang dimakan SEKALI WAKTU ....
dengan kos SATU HIDANGAN untuk ANDA SEORANG yang dimakan SEKALI WAKTU. Berapa anggaran kos satu hidangan yang anda makan? Berapa pula jumlah menunya? Berapa anggaran kos untuk satu menu?

Cuba bandingkan kos SATU HIDANGAN untuk SEORANG yang berharga RM9281.25 yang dimakan SEKALI WAKTU ....
dengan kos SATU HIDANGAN yang dimakan SEKALI WAKTU
untuk SEORANG MANGSA KRISIS DI LUBNAN, atau untuk MANGSA PERANG DI IRAQ, atau untuk SEORANG DI RUMAH ANAK YATIM, atau untuk SEORANG BALU YANG MISKIN, atau untuk SEORANG ANAK BALU YANG MISKIN, atau untuk SEORANG AYAH ATAU IBU YANG MENANGGUNG ANAKNYA YANG MENDERITA KANSER, atau untuk SEORANG MANGSA BENCANA ALAM, atau untuk SEORANG...(ANDA BOLEH TAMBAH SENDIRI).
Berapa anggaran kos satu hidangan yang mereka makan? Berapa pula jumlah menunya? Berapa anggaran kos untuk satu menu?

Hidangan berharga RM9281.25 terhidang dimeja dengan 12 menu, untuk santapan seorang kenamaan... 'selamat menjamu selera'...

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Anonymous encik fakap said...

isk, membazir tu... sahabat setan!!!

Commented @ September 03, 2006 11:48 PM  
Anonymous ayoi said...

Biaq pi depa la. Bagi sesape yang mengidolakan artist, I just want to ask, whut did they do ACTUALLY in contributing to our nation's economy, intellectual development (in order to fulfil Pak Lah's goal of K-Economy Based Country), moral and ethiques and others? As whut I've read and know so far, most of the artist stories revolving around fighting, divorcing, drugs abuse, caught in night club and tested positive in drug usage, and others (pls refer the newspapers, tabloids, entertainment mags and tv programme). Why dun we idolize those who promote on educations, intellectual development, and others?

Commented @ September 04, 2006 9:38 AM  
Anonymous kakicarut said...

bagus la tu......manusia ni mmg suka perkara yg melalaikan ni,tambahan kalau yang melibatkan artis pujaan ,biar berpanas,berhujan pun sanggup...macam la artis tu esok nak kenang apa yang kita buat....

Commented @ September 04, 2006 3:33 PM  
Anonymous artis fakap said...

pada aku la kan, tu semua pembaziran semata mata.

membalas apa yang ayoi cakap.
tidakkah anda pernah terpikir ini hanya lah satu agenda org pehak pemerentah?
jika anda perasan, tatkala ada pengumuman kenaikan harga barang ja, mesti artis artis buat hal. contoh, pasal baru baru nih, harga liquor lain, rokok naik, orang tak sedar, sebab siti nak bersanding. sedar tak sedar, pandai gak pehak pemerentah ini menggunakan golongan artis ini untuk mengalih perhatian rakyat.

anak diromah mati kebuluran, beruk dihutan di beri makan sedap sedap.
tapaware walia, melaporkan dari tempat kejadian

hahahahaha

Commented @ September 04, 2006 4:20 PM  

Post a Comment



Archives