Web blog.fakap.net

Mawi lagi??

Thursday, September 14, 2006, posted by cr0mok

Sila rujuk http://mawifc.com/news_read.aspx?newsid=14 untuk berita penuh..

"Malah, Mawi adalah satu-satunya penyanyi bertuah kerana mempunyai kelab peminat yang akan menyokongnya di dalam keadaan apa jua sekalipun. Difahamkan MawiFC mempunyai lebih 5,000 ahli yang berdaftar di dalam dan di luar negara.

Sikap prihatin MawiFC yang sentiasa menyokong karier Mawi dari belakang tanpa mengharapkan publisiti seharusnya menjadi pendorong pada Mawi untuk terus memajukan diri.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan kemenangan Mawi adalah kemenangan Mawi FC juga dan penggerak utama jentera komiti ‘undian’ disebabkan pengelolaan dan kebijaksanaan presidennya Rozita Shahadan.

"Tentulah perasaan gembira yang amat sangat apabila Mawi berjaya. Di kesempatan ini, saya bagi pihak pengurusan MawiFC ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong, peminat, pengundi yang telah mengundi Mawi sehingga berjaya mencapai keputusan yang amat memberangsangkan," kata Rozita.
"

Berdasarkan petikan artikel/berita/cerita dongeng di atas,memang nampak sangat mawi ni tak berbakat sebab menang semua nya dengan "SMS".Kan elok kalau duit yang nak guna "SMS" kat mawi tu derma kat mangsa gempa bumi ka,orang2 lebanon ka.. bleh gak dapat pahala.. ni hampa dok "SMS" mawi,hampa apa dok takdak..

Labels:

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Anonymous Anonymous said...

Tahniah kepada MawiFC kerana ini sebenarnya merupakan kemenangan mereka.

Kalau mawi menang lagi, mesti kaya rakan-rakan kita yang menyertai MawiFC, sebab sudah tentunya mereka akan mendapat bahagian keuntungan dibuat atas hadiah-hadiah yang dimenangi mawi.. tak gitu?
kalau mawi menang sejuta, tentu MawiFC mendapat tak kurang RM750,000,00 kerana MawiFC lah selama ini menyokong karier mawi dengan mengundi beratus ribu sms dan membeli akhbar.

Tahniah kepada MawiFC, kumpulan orang kaya baru malaysia!!

Commented @ September 14, 2006 6:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

mawi fc ada buat skim MLM ke?

Commented @ September 14, 2006 6:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bukan MLM, tapi logikla mesti MawiFC dapat sket hadiah yang mawi menang juta-juta tu, sebab ada sekor-dua peminat fanatik mawi yang pernah aku jumpa sanggup habis beratus-ratus ringgit sebab nak sokong mat botak tu je.

fuhh, tobat kaya tu, mawi mesti bagi percentage sikit, sebab mawi bukan buat apa-apa pun, yang betul-betul memenangkan mawi ni actually geng MawiFC la.

Nak nak, astro dengan Maestro, mesti bolot punyalah hasil SMS tu. Kaya diorang, Kaya lagi geng MawiFC :)

Commented @ September 14, 2006 7:13 PM  
Blogger kakicarut said...

Bagi orang yang berhabiskan wang ringgit untuk seorang penyanyi yang kurang berbakat,mereka ini tergolong dalam golongan manusia yang pendek akal,sebabnya bila ada pertandingan yang melibatkan Mawi,pasti ada SMS,dan mereka ini lah yang akan menghabiskan setiap ringgit yang ada untuk memastikan Mawi menang, tapi apa yang Mawi beri sebagai balasan ? Tidakkah mereka ni terfikir ada masaalah lain yang lebih besar dari memastikan Mawi menang dalam setiap pertandingan SMS ?Manusia yang pendek akal ini akan melenting bila harga minyak naik, harga gula melambung, yuran peperiksaan UPSR,PMR dan SPM dicadangkan naik tapi mereka ini masih lagi membazirkan setiap ringgit mereka pada insan yang bernama Mawi tanpa rasa kesal, ingat la wahai manusia yang sanggup menghabiskan harta untuk Mawi,adakah Mawi akan menolong anda bila anda dalam kesusahan ?

Commented @ September 15, 2006 9:20 AM  
Blogger kei said...

mawi sak

Commented @ September 16, 2006 8:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

fuck mawi!! haha..tsumawi my ass..

Commented @ November 19, 2007 2:56 PM  

Post a Comment



Archives