Web blog.fakap.net

Screamyx

Thursday, November 30, 2006, posted by kei

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai Kumpulan sebanyak RM2.22 bilion dalam sembilan bulan pertama yang berakhir pada 30 September 2006, naik 13 peratus daripada RM1.97 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.



Kekadang kita terpaksa keluar kota menguruskan biz atau urusan keluarga. Ada sekali aku terlambat menjelaskan bil streamyx yang telah hampir 3 bulan tertunggak. Bukan aku tak mau bayar….

tetapi kerja yang aku buat belum mendapat bayaran dari pihak yang berkenaan.

Ada baki dalam akaun yang aku reserve kan untuk kegunaan harian keluarga dan menjelaskan bil-bil utiliti yang lebih penting. Memang tak boleh dinafikan bahawa apa yang kita gunakan mesti dibayar.

Bil telefon sekiranya tak dijelaskan, akan dipotong atau digantung perkhidmatannya. Bayaran sewa masih berjalan. Tak mengapa kerana panggilan masuk masih boleh diterima. Yang peliknya dengan tmnet streamyx. Dah lah tak boleh nak online (talian ditutup) tetapi bil sewa bulanan berjalan seperti biasa. Aku rasa kerajaan perlu berbuat sesuatu.

Kita patut bayar apa yang kita guna sahaja. Sepatutnya sewa terhenti secara automatic apabila talian internet diputuskan buat sementara waktu. Apabila bil tunggakan dijelaskan, barulah ‘meter’ sewa berjalan semula. Dah lah penyambungan semula pun dikenakan caj.

Apakah rasionalnya SEWA BULANAN dikenakan padahal perkhidmatan terhenti? Sekarang ni….aku dikenakan caj setiap bulan : sewa talian telefon – RM30++ (belum termasuk perkhidmatan bil terperinci, perkhidmatan SMS dan CUKAI PERKHIDMATAN 5%); perkhidmatan streamyx – RM88 (tetap) ; perkhidmatan BB Phone – RM8++ (juga belum termasuk caj panggilan keluar yang kita buat). Cuba bayangkan sekiranya 1 juta pengguna seperti aku, perkhidmatan dipotong dan hanya akan bayar 4 – 6 bulan selepas tu.

Tmnet akan kaut keuntungan yang bukan sedikit (RM528 juta : 88 x 6 x 1,000,000) diatas perkhidmatan yang tak diberi. Bukan begitu? Dahlah kita sebagai rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian ekoran harga petrol yang dinaikkan dan tak mungkin akan diturunkan semula walaupun hakikatnya seluruh dunia tahu akan harga petrol dah turun. Di Malaysia, tanah airku…..tanah tumpah darahku.

Mengapakah harga barangan keperluan, perkhidmatan dan berbagai lagi terus menerus naik tanpa henti. Semasa nak dinaikkan petrol dulu, ALASAN KUKUH seperti kenaikannya dipasaran dunia menjadi lesen besar kepada mereka yang berkuasa melaksanakannya tanpa perbincangan atau perbahasan di Parlimen.

Dulu, kini dan selamanya pihak yang berwajib tidak akan peka akan kesusahan rakyatnya walau pun hampir kesetengah abad diberi kuasa memerintah.


Sumber : TranungKite

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Post a Comment



Archives