Web blog.fakap.net

Kes Pelatih PLKN meninggal dunia lagi!

Wednesday, February 28, 2007, posted by kakisembang

Hari ni setelah surf-surf website service fakapster, terjumpa pulak post berkenaan kematian pelatih PLKN terbaru di Kisana Beach Resort.

Rasanya tahun 2007 ni saja (yang baru nak masuk bulan Mac), dah 3 pelatih mati. Tahun lepas rasanya tak kurang 5 pelatih meninggal. Sebab-sebab kematian adalah berlainan diantara satu sama lain (yang lemas sekurangnya 4 orang, mati bergaduh, mati sebab lelah, mati mengejut, etc), itu belum lagi masuk lagi rogol dan kes jurulatih menerajang pelatih PLKN (tapi ni tolak ketepi la)

Jumlah Terkorban?
Sepanjang program PLKN ni diperkenalkan selama 3 tahun, rasanya pembaca dah boleh agak sendiri berapa ramai pelatih PLKN dah mati sehingga tahun 2007.

Bilangan pelatih yang terkorban boleh dikatakan melebihi bilangan tentera Malaysia yang mati ketika berkhidmat sepanjang 3 tahun semasa perang Bosnia meletus (yang dilaporkan terkorban seramai 4-5 orang, betulkan kalau tersilap)


Permintaan kepada kerajaan
Tujuan post ini bukan untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi untuk memohon jasa baik pihak kerajaan untuk memberikan penghormatan kepada pelatih-pelatih muda harapan bangsa ke atas jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada negara.

Mereka sanggup meninggalkan keluarga pada usia yang muda semata-mata untuk berkhidmat kepada negara, sanggup meninggalkan kampung halaman untuk memberikan bakti kepada negara dengan menyertai khidmat negara.

Dan sekiranya mereka terkorban semasa berkhidmat untuk negara, saya rasa memang patutlah negara memberikan penghormatan kepada perwira-perwira muda kita dengan memberikan mereka istiadat pengembumian setaraf dengan pahlawan negara kita yang lain. Kebumikanlah mereka di makam pahlawan dan letakkanlah Jalur Gemilang atas keranda mereka, kerana mereka layak menerimanya.

apakah pendapat anda?

Tag: , , ,

Share your thoughts about this blog, contact us now!
We are open for Link Exchange, submit your website to increase exposure.

 

Comments

Post a Comment



Archives