Web blog.fakap.net

Subscribe blog fakap feed  Subscribe blog fakap feed

Bahan Lawak 2

Thursday, May 08, 2008, posted by kei

Malas nak komen, korang baca la sendiri.

Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto

SHAH ALAM 7 Mei - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.

Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.

"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .

"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan untuk tidak menurunkan cukai taksiran berikutan keadaan ekonomi negeri ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.

Penurunan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus merupakan antara tawaran yang dibuat oleh PKR dan Pas dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat.

Tawaran-tawaran lain ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Menurut Mohd. Shaid, beliau membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara yang sama berulang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, parti-parti politik seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah dijanjikan semasa berkempen dan bukan bertindak sesuka hati setelah memenangi pilihan raya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika ada pihak yang mahu membiayai kos guaman.


*gelak guling-guling sampai sakit perut*
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

sos : Utusan

Labels: , , , , , ,

Posted by kei@1:29:00 PM 2 comments


Antara Datuk, Penyanyi, Kempen Undi dan Hipokrasi

Tuesday, March 04, 2008, posted by kakisembang

Jom selak selak surat kabar hari ni,


Siti Nurhaliza Hipokrit, tak daftar mengundi pun


Wow bagus rupanya Datuk Siti ni, memberi semangat dan perangsang kepada rakyat jelata supaya keluar mengundi. Tapi Datuk Siti mengundi di mana ya? Di KL ataupun di Pahang? Jom kita check..


Ini dia kad pengenalan Siti. w00t.. jom kita buh no KP dia kat Daftar Pengundi SPR


kad pengenalan siti



Datuk Siti Nurhaliza tak pi mengundi?


wtf? Datuk Siti Nurhaliza tak penah daftar mengundi? OMG!!!


Moral : Tak kira pangkat, rupa ataupun darjat. Kita ini serupa saja, kalau askar dalam utan pun boleh pi mengundi, ini apatah pula seorang Datuk yg tinggal di Kota Raya.Salam siaran terlebih dahulu.

Pos asal - Cakap Tak Serupa Bikin

Labels: , , , , , , ,

Posted by kakisembang@3:12:00 PM 5 comments


Cakap Tak Serupa Bikin

Wednesday, February 27, 2008, posted by kei

Ini tambi suka cakap tak serupa bikin da.


PENANG: Do not compare Singapore’s economy with that of Malaysia’s.It is like comparing “first-class grapes (Singapore) with first-class apples (Malaysia),” Prime Minster Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said when addressing the Chinese community at the Penang Chinese Town Hall (PCTH) dialogue session yesterday.

“We are a population of over 20 million and we rank eighth in the world in terms of our competitiveness.”This is not the Government’s figure and I am not telling you lies. This statistic is from an international survey.”

“If I quote statistics from our own surveys, you will not believe us. Everywhere I go, the business community tells me that Malaysia is doing very well. These people are smart. You cannot fool them because they are well-read,” he said, adding that the Government had no reason to lie.

“Please trust us – we are your government. If you look at the economy, we are doing well. That is a fact proven by figures. But people still claim otherwise because of increasing prices. This is a very simplistic way of analysing the economy.”

“Nobody is happy to see prices rising but this is out of our control. The question is not how to bring down prices but how to help the rakyat cope.”

“Every country in the world is faced with rising oil prices except maybe Brunei but you cannot compare. The RM40bil oil subsidy we give out can be used to build better schools, roads, hospitals and infrastructure but we don’t want to burden the people,” he said, adding that education and medical treatment was also heavily subsidised by the Government.

“We subsidise even water and electricity, yet people are angry when they hear the word ‘toll’. We try to subsidise as much as possible but we still need to impose toll charges because we need to build roads,” he said before thanking the Chinese community for contributing to the country’s economy.

“The private sector is dominated by the Chinese and I want to say a big ‘thank you’ to the community for creating so many job opportunities,” he said.

Source: The Star

Labels: , , , ,

Posted by kei@11:33:00 AM 0 comments


surats repost

Tuesday, February 12, 2008, posted by kakisembang

merujuk kepada post sebelum ini, imej surat yg discan tersebut telah diperbesarkan. enjoy!

Labels: , , ,

Posted by kakisembang@2:44:00 AM 1 comments


Masihkah Kau Ingat

Saturday, February 09, 2008, posted by kei

Tengah dok godek-godek pc aku tadi, terjumpa benda ni.

Labels: , , , , , ,

Posted by kei@7:49:00 AM 0 comments


same shit, different days

Thursday, January 03, 2008, posted by kei

Labels: , , , , , , , ,

Posted by kei@2:34:00 AM 4 comments


Kemahiran komunikasi pemimpin kita - kisah tauladan hari ini

Monday, November 19, 2007, posted by kakisembang

Ini merupakan video klip yang boleh memberikan iktibar kepada masyarakat. Ia berkenaan kemahiran berkomunikasi seorang pemimpin apabila berhadapan dengan orang luar. Renungkanlah :





Peribahasa hari ini :

"Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan"

Labels: , , , ,

Posted by kakisembang@5:00:00 PM 2 comments


Perhimpunan di PWTC: Sana bercakap, Sini terfakap

Wednesday, November 07, 2007, posted by kakisembang





Funny things happened when you talks alot at the Perhimpunan without much action, back here the Barisan National website has been compromised with a simple script kiddie SQL injection attack. There's a fakap saying which goes :

"Sana bercakap, Sini terfakap"



Just think about it...

Labels: , , , ,

Posted by kakisembang@12:08:00 AM 1 comments



Archives