Web blog.fakap.net

Subscribe blog fakap feed  Subscribe blog fakap feed

Maka Terfakaplah Dia

Sunday, May 25, 2008, posted by kei

Sila rujuk posting Bahan Lawak 2.

Penggangur UITM sebenarnya usahawan

Shah Alam -Seorang bekas pelajar Universiti Tekknkologi Mara (UiTM) mendedahkan Mohd Shaid Rosli yang membuat dua laporan polis terhadap kerajaan Pakaran Rakyat (PR) di Selangor mempunyai kepentingan sendiri, malah bukan penggangur seperti yang didakwa sebelum ini.
Beliau yang tidak mahu iddentitinya dikenali dan mengakui mengenali rapat Mohd Shaid berkata graduan UiTM itu sebenarnya seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai perniagaan sendiri di bandaraya ini.
"Saya syak dia dipergunakan oleh pihak tertentu yang mungkin bermotifkan politik untuk membuat laporan tersebut
"Kami tidak tahu mengapa dia mendakwa dirinya penganggur, sedangkan dia mempunyai perniagaan enterprise dan dalam usaha membina syarikat Sendirian Berhad," katanya
Mohd Shaid sebelum ini menbuat dua laporan polis mendakwa kerajaan campuran Selangor memungkiri janji berhubung penghapusan cukai pintu untuk rakyat negeri itu dan pemberian insentif RM1,000 kepada anak Selangor memungkiri janji berhubung penghapusan cukai pintu untuk rakyat negeri itu dan pemberian insentif RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Beliau turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap Kerajaan Selangor selepas mendapati kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) DAP dan PAS, gagal menunaikan janji manifesto pakatan parti-parti itu pada pilihanraya umum lalu.
Rakannya itu turut mendakwa, selain memiliki perniagaan yang semakin berkembang maju, Mohd Shaid juga memiliki sebuah kereta mewah dan aktif dalam sebuah pertubuhan politik.
"Dia seorang majikan yang baik dan tegas serta amat mengambil berat tentang kebajikan pekerja
"Selain daripada kedai ini, satu lagi kedai yang dimilikinya ialah di UiTM Shah Alam," kata salah seorang pekerjanya ketika Sinar Harian membuat tinjauan di premis perniagaan milik lelaki tersebut di Seksyen 7 di sini.

Labels: , , , ,

Posted by kei@2:40:00 PM 1 comments


Bahan Lawak 2

Thursday, May 08, 2008, posted by kei

Malas nak komen, korang baca la sendiri.

Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto

SHAH ALAM 7 Mei - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.

Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.

"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .

"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan untuk tidak menurunkan cukai taksiran berikutan keadaan ekonomi negeri ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.

Penurunan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus merupakan antara tawaran yang dibuat oleh PKR dan Pas dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat.

Tawaran-tawaran lain ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Menurut Mohd. Shaid, beliau membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara yang sama berulang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, parti-parti politik seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah dijanjikan semasa berkempen dan bukan bertindak sesuka hati setelah memenangi pilihan raya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika ada pihak yang mahu membiayai kos guaman.


*gelak guling-guling sampai sakit perut*
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

sos : Utusan

Labels: , , , , , ,

Posted by kei@1:29:00 PM 2 comments


Server TV3 terfakap sebab kurang diskspace? wtf

Tuesday, April 22, 2008, posted by kakisembang

Golden screenshot, server TV3 abis diskpace dek kerana upload banyak sangat Drama dan Rancangan TV.

TV3

Labels: , , , , , , , , ,

Posted by kakisembang@11:42:00 PM 0 comments


Babi Best

Wednesday, April 16, 2008, posted by kei

Isu babi lagi, ada gambar best.



Selangor Umno leader and Tanjung Sepat state assemblyperson Dr Karim Mansor posing next to a pig-pen with a thumbs-up sign while in Germany.

sos gambar : Malaysiakini

Labels: , , ,

Posted by kei@12:20:00 AM 1 comments



Archives