Web blog.fakap.net

Subscribe blog fakap feed  Subscribe blog fakap feed

Nadiah Amirah dari 19A1 ke 14A1, 4A2 dan 1 B3 (keputusan SPM)

Tuesday, March 13, 2007, posted by kakisembang

Nadiah Amirah : Calon SPM 2006 dan penulis buku, menjadi popular selepas dilaporkan mendapat 19A1, kisah kejayaan beliau telah menghiasi ruang sebuah akhbar selama 3 hari, kain rentang yang tertulis 19A1 turut menghiasi jalan di pekan Rengit.

Malangnya lain pula telah terjadi apabila keputusan SPM Rasmi diumumkan, beliau hanya memperoleh 14A1, 4 A2, dan 1 B3. Keputusan SPM ini adalah membanggakan sekiranya kisah beliau mendapat 19A1 tidak disiarkan di akhbar tersebut. Kini kain rentang sudah dipamerkan, cerita di akhbar sudah diwar-warkan, orang kampung dah tau, malah satu Malaya dah kecoh!!

Apa sudah terjadi? Siapa yang patut dipersalahkan? Kenapa suratkabar menyiarkan kisah Nadiah sahaja? kan ada ramai lagi yang dapat keputusan lebih baik dari pelajar ini?

Adakah akhbar tersebut patut disalahkan kerana menulis berita yang terlalu sensasi? Adakah salah pelajar pintar ini kerana dia tidak menunggu keputusan rasmi? Ataupun Kementerian Pelajaran kerana berdiam diri?





Yang pasti satu pengajaran boleh diambil dari kisah Nadiah Amirah ini, iaitu jangan bertindak terburu-buru sebelum mendapat kepastian hitam putih, kerana kelak akan menyesal dipenghujung hari.

Kita menimba ilmu dengan ikhlas, bukan hendak mencari glamor. Glamor sebenarnya tak kemana....


Update: Kementerian Pelajaran mengeluarkan senarai 105 pelajar cemerlang SPM 2006, tetapi nama Nadiah Amirah tidak termasuk dalam senarai tersebut. Segala soalan dan kemusykilan boleh diajukan kepada kementerian terbabit.



Gambar hiasan: Doktor Irish International University


Source :
"she was not satisfied with the results but would put the disappointment behind her" - 13 March 2007 - The Star

Utusan Malaysia - 13 March 2007

Labels: , ,

Posted by kakisembang@9:49:00 PM 2 comments



Archives