Menariknya, ketiga-tiga isterinya bersungguh-sungguh menyokong permohonan suami mereka untuk berkahwin dengan isteri keempat, termasuk menunjukkan bukti kedudukan kewangan masing masing yang kukuh bagi memobolehkan abang mat kita ni kahwin lagi.
Tapi yang tak syoknya, Mahkamah syariah tersebut seperti berat nak kasi abang mat ni kawin lagi, walaupun semua isteri abang mat tu sebulat suara bagi permission kat dia untuk kahwin lagi, dan berusaha keras untuk mengkantoikan abang mat.
bagi pendapat blog fakap, abang mat patut dibenarkan kahwin lagi kerana :
- Abang mat tak fakapkan anak dara orang lepas tu tinggal
- Abang mat cuba buat perkara yang betul, iaitu kawin cara sah
- Walaupun seorang pemandu lori dan merupakan pekerja rencam, Abang mat hormat undang undang syariah negeri kelantan, dia tak pi kawin kat golok walau pun ada berlambak lagi bigshot dan golongan kayaraya lain kawin kat sana.
- Abang mat dapat restu ketiga tiga isteri
- Semua bini abang mat sendiri sokong permohonan abang mat kawin lagi, lagipun abang mat terbukti berlaku adil kat bini bini dia, tak caya? tanya bini bini abang mat
- Lagipun apa mahkamah syariah kelantan boleh buat kalaupun diaorang tolak permohonan abang mat? dia tetap boleh kawin kat luar. Ramai orang poligami kat kelantan tu, selamba je, apsal nak kantoikan abang mat pulak?
Kalau bini Pak Sheikh tak bagi kawin empat pun, janganla pulak nak kantoikan bang mat pulak tak kasi dia kahwin empat, dia dah mampu tu, bini dia pun restu. suka sama suka pulak...
Labels: kahwin, kelantan, malaysia, marriage, poligami, polygamy, syariah

