Web blog.fakap.net

Subscribe blog fakap feed  Subscribe blog fakap feed

5 Petua Mengenali Server Commander

Thursday, August 31, 2006, posted by kakisembang


  1. berlagak teror, cakap benda teknikal tp dia sendiri pun tak paham

  2. mengaku coder power (hack kernel, windows), pecah masuk pc dsbnya

  3. ada kampeni atau bekerja dengan kampeni opensource yang besar. Lazimnya dia akan berpangkat besar spt interviewer/pengurus/ketua dsbnya

  4. bila takder idea, dia kata dia masuk utk blajar, tapi ramai yang buli dia

  5. mengaku pass tinggi (ada MSc,PhD, RHCE/MCSE/LPI) tapi bila tanya, haram benda basic pun



Lain-Lain Perwatakan



  1. lambat jawab pertanyaaan, kalau dia jawab pun cuba cari balik ayat-ayat dia tu, mesti
    jumpa kat google

  2. suka tukar-tukar cerita on-the-spot, berdolak-dalih, tukar channel, lain tanya lain jawab

  3. kejap jadi terror cam otai, kejap jadi noob macam baru lepas tadika

  4. meraih simpati selepas egonya diranapkan

  5. tebal muka, join balik discussion, baca (4)

  6. lepas terror balik, kembali ke default mode, baca (3)

  7. Menawarkan ganjaran luar biasa bagi sesiapa yang membantunya yang telah tersepit (seperti kerja bergaji besar, domain, shell account), awas mungkin penipuan semata-mata

Posted by kakisembang@10:00:00 PM 4 comments


Ten Japanese Anime Cliche

Tuesday, August 29, 2006, posted by kakisembang

OK, enough talking and shitting about the felda boy aka sms king, lets talk about Japanese anime instead!

I believe some of you are really into anime series (except me!), and here I found a list about the top ten cliche about japanese anime, try and browse through the list and figure it out whether it fits your favorite anime series or not.

Top Ten Anime Cliches !



p/s: this is not a post that discuss about mawi or his ex-fiancee who he shook hand with (talk about his alim-ness, ewww....!! )

Labels:

Posted by kakisembang@11:44:00 PM 0 comments


Thursday, August 24, 2006, posted by kakisembang

Poll

Berapa lamakah Siti+Datuk K bertahan?
1 tahun
2 tahun
3 tahun
5 tahun
7 tahun
10 tahun
FOREVER AND EVER!


Posted by kakisembang@11:55:00 AM 12 comments


Israk Mikraj

Tuesday, August 22, 2006, posted by kakicarut

ISRAK Mikraj adalah dua peristiwa kembar menakjubkan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Peristiwa yang sangat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

- Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam al-Quran, seperti firman Allah bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." – (Surah al-Israa', ayat 1).

- Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

- "Penglihatan (Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." – (Surah an-Najm, ayat 13-18). Sidaratil Muntaha adalah tempat yang paling tinggi di atas langit ketujuh, yang dikunjungi Nabi Muhammad ketika Mikraj.

- Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Antara pengajaran peristiwa Israk Mikraj:

- Manusia hendaklah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik ketika ditimpa kesusahan mahupun mendapat kesenangan. Perkara ini penting kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, duka cita dan kesusahan pada diri manusia.

- Nabi juga ditimpa beberapa musibah sebelum berlakunya Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj iaitu untuk berhadapan dengan Allah.

- Perkara itu memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya, di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

i. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Sewaktu Israk Mikraj, tepatnya ketika Nabi diajak meninjau keadaan neraka, Baginda ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh pelbagai kaum, akibat kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Misalnya, Rasulullah diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sedia kala.

Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat dan yang suka memfitnah.

Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidakmelakukan segala perbuatan tercela dan pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah. Mereka akan mendapat seksaan di akhirat nanti sekiranya melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

ii. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.

iii. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agarkeyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.

Perkara ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan- Nya di alam tinggi bernama langit seperti Sidratil Muntaha dan syurga.

iv. Anjuran memberi salam. Sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang Baginda temui. Hal ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

v. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat.
Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanya bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

vi. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit' telah mengejar Baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan Baginda.

Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Posted by kakicarut@9:42:00 AM 2 comments


Monday, August 21, 2006, posted by kakisembang

Siti Nurhaliza Dah kawin Datuk K!

Selamat Pengantin Baru di ucapkan pada penyanyi popular malaya, Siti Nurhaliza kerana telah berjaya mengahwini Datuk K pada hari ini. Tahniah buat Siti!!!!!!

#fakap community speaks mengambil kesempatan untuk mengucapkan ayat keramat, fakap all those nonsense kepada Siti Nurhaliza...

Posted by kakisembang@8:00:00 PM 5 comments


Merdekakah Kita?

Selepas Mahathir menangis dan meletakkan jawatan, rakyat digantikan pemimpin yang lemah, lebih berbulan madu dari bekerja. Sikap yang bukan sahaja dimiliki oleh Pemimpin malah segenap menteri yang ada. Tidak melakukan kerja dengan seikhlasnya dan tidak bersungguh-sungguh. Memonopoli kekayaan masing-masing tanpa bimbang kerana Perdana Menteri tidak mampu mengawal sikap buas nafsu menteri yang ada. Menteri sekarang kurang ajar. Kalau Pak Lah kritik, mereka tidak menyokong, maka kerana itu Pak Lah tunduk dan membiarkan segala bentuk penyalahgunaan kuasa dikalangan menteri. Kepimpinan yang padan dengan menterinya. Rakyat? Padan muka.

BUAT-BUAT BIJAK

Untuk dilihat bagai mampu, Pak Lah cuba melancarkan pelbagai bentuk rancangan. Usaha ini bermula apabila minyak dinaikkan harga pada awal tahun ini. Rancangan RMK 9. Untuk majukan rakyat atau untuk tutup kelemahan?

Sejak ia mula diperkenalkan, ceritanya sahaja sudah mengambil masa hampir setengah tahun. Sehingga kini perlaksanaannya tidak kelihatan lagi. Pihak kontraktor yang sekian lama menganggur, mula tertanya-tanya rakan yang berada di jabatan-jabatan kerajaan samaada sudah ada atau belum borang tender, namun jawapannya menghampakan. Borang tender ada tapi kerja yang tiada.

Lalu Rafidah Aziz pun ikut serta, melancarkan IMP3. Apa ke jadah tu? katanya untuk membangun dan menseragamkan industri di Malaysia. Penulis tidak berminat untuk mengetahui secara lebih dekat. Apa yang jelas, ianya adalah umpama MP3 mainan kanak-kanak untuk berhibur. Tidak lebih dari itu. Tak percaya? Tunggu sahaja.

SIAPA DAN APA YANG BENGKOK?

Di dalam usaha Pak Lah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada beliau, beliau diserang oleh bekas PM, Mahathir Mohamad. Bermula dengan isu pembatalan Jambatan Bengkok, ia terus membabitkan isu pemilikan saham ECM LIBRA dan pemerolehan projek kerajaan oleh Kamaludin. Jambatan sudah bengkok, pemimpin pun bengkok sama.

Wawancara disiarkan keseluruh Malaya. Cakap terus cakap tapi buktinya tiada. Maka jawapan Pak lah diragui dan tidak boleh diterima. Berkata-kata seperti lagak orang yang rendah daya pemikirannya. Esoknya, Khairi jual saham dan Kalimullah mengurangkan saham majoritinya untuk dilihat sebagai syarikat yang masih diterajui oleh Malaysia, kembali. Usaha mengkualitikan penipuan.

Jual beli saham di dalam bentuk kertas. Benar atau tidak, rakyat tidak peduli. Ibarat tutup bangkai gajah dengan daun pisang, baunya terkeluar jua. Orang tidak tanya mana transaksi penjualan saham, yang pasti kertas tertulis menyatakan syarikat dah berubah. Mungkin ada 'power attorney' dimana-mana. Peduli taik dengan usaha menutup salah ini.

PESTA NAIK HARGA 2006 MENYAMBUT KEMERDEKAAN

Kenaikan harga minyak di negara kita dan kerajaan cuba mengalih kesalahan kepada harga pasaran minyak dunia yang naik. Maka berjanjilah kerajaan untuk pastikan kenaikan harga tidak membabitkan barangan lain. Kerajaan mungkir lagi.

Bermula dengan kenaikan caj elektrik ia membawa kepada kenaikan harga barangan keperluan lain. Gula yang dahulunya banyak, kini dikedai yang tinggal hanyalah garam dan ajinomoto. Gula hilang entah kemana. Masing-masing tunggu dan lihat. Harapkan kerajaan, cakap kosong hingga ke hari ini.

Puas sudah Shafiee Apdal beralasan. Penyeludup gula jadi alasan. Akhirnya bendera kalah diangkat. Beliau meminta bantuan TPM untuk mengarah pengilang GULA mengeluarkan gula kasar menggantikan gula halus. Yang pasti Gula Halus 60% lebih mahal harganya dari gula kasar, dan untung mungkin lebih. Rakyat tiada pilihan, selain membeli gula halus sebagai ganti. Rakyat terpaksa menerima situasi yang dicipta. Pengeluar gula ketawa bergaya. Kerajaan kedip-kedip mata mesra dan rakyat semuanya terkena.

NAIK YANG TAK PERNAH TURUN

Ura-uranya harga air juga akan turut naik. Maka menteri sudah mula mengugut rakyat untuk tidak membazirkan air, jika tidak, harganya akan naik. Siapa yang membazir, pastinya bukan aku dan anak aku. Strategi lama, politik kuno untuk menyalahkan rakyat demi untuk menaikkan harga air pula. MInta harga naik, tapi setiap rumah ketika ini menggunakan penapis air yang kelihatan kuning dan berkarat.

Dulu alasan swastakan air untuk memberikan air bersih. Kini harga akan dinaikkan dan alasannya serupa. Menggantikan batang paip untuk menyalurkan air yang bersih. Alasan serupa untuk 100 tahun akan datang. Karat di 'filter' sudah lama kelihatan, akhirnya rakyat mati berkarat di dalam. Yang berharap akan mati dan air masih seperti dulu, malah lebih teruk lagi.

Dalam senyap-senyap barangan dipasar juga turut naik. Ikan dan sayuran harga berubah-ubah. Tiada siapa lagi mahu pantau. Shafiee Apdal sudah SEPERTI gula, hilang entak kemana.

Mungkin mereka mahu menekan rakyat untuk terus hidup menderita akibat rakyat sudah tidak percaya. Yang peliknya, Hari Raya Aidil Fitri nanti, barang sukar diperolehi atau harga barang naik. Syarikat pengeluar air minuman pasti akan beruntung kerana jika kurang gula bangsa Melayu akan sambut raya dengan 'air botol' dan kueh terpaksa dibeli dengan harga tinggi. Akan hilang lah budaya rumah terbuka pada rakyat kecuali para menteri yang buka rumah kerana ada peruntukan dan untuk membeli hati pengundi.

APA!! DAH MERDEKA KE?

Kini sudah tiba OGOS 2006. Dek kerana lembabnya kerajaan tangani kenaikan harga barang, rakyat semakin terhimpit. Bezanya merdeka dan sebelumnya, kini segala-galanya perlu dibayar. Ramai yang tidak tahu kemewahan sebelum merdeka, tapi sejarah menceritakan oleh orang tua yang masih hidup, dalam setuju dengan kemodenan, mereka merungut tentang sikap masyarkat moden dan maju. Rungutan orang tua membawa ke akhir hayat. Pening kepala tengok gelagat anak muda yang maju tapi tidak tahu malu. Tutup sana buka sini, tutup sini buka sana. Akhir sekali, buka semua. Top top mengandung. Mak bapa ketawa, sejuk perut mak, anak aku normal, boleh mengandung rupanya.

Kita bersetuju bahawa kemajuan yang kita perolehi ketika ini menjadikan rakyat semakin senang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Susah ketika sebelum merdeka, senang ketika proses capai kemajuan dan kembali susah apabila sudah maju seperti sekarang.

Kini, sedikit demi sedikit kesempitan sudah mula dirasai. Keluar sahaja sudah memerlukan belanja. Sehari belanja RM50 sudah seperti perkara biasa. Minyak, minum, tol, bil talipon dan belanja harian sebagai perkara yang pasti.

Segalanya perlu dibayar. Begitu juga dengan cukai pintu, barangan dapor, anak kesekolah, elektrik dan air, minyak kenderaan, tiusyen anak-anak, tol lebuhraya, talipon tangan, cukai kenderaan, cukai pendapatan, kenaikan harga barangan. Semuanya membebankan. Sedangkan pendapatan hanya sedikit tapi dek kerana hendak merasakan kemajuan, maka segala-galanya perlu dibayar.

Kerja 5 tahun gaji tidak naik, tapi barangan dan perkhidmatan, harganya naik berkali-kali ganda sehinggakan kerak melebihi periuk dan kini terkeluar dari mulut periuk yang besarnya tidak pernah bertambah besar.

AKU SUDAH JEMU

Tiba sahaja bulan OGOS akan ada kempen kibarkan bendera. Hidup seperti terpaksa. Hati sedih, jiwa terkongkong dengan karenah kerajaan dan kelembapan bertanggung-jawab, tapi rakyat dipaksa untuk menyambut kemerdekaan. Saban hari media meminta agar sambutan diraikan oleh rakyat dengan menaikkan bendera. Jika 2 ke 5 tahun sebelum ini, terdapat ramai pemilik kenderaan memasang bendera pada kereta mereka, namun sekarang sudah berubah. Perbelanjaan perlu lebih berhemah dan kerana itu RM10 untuk satu bendera, dikira membazir. Untuk gantikan bendera, gantung kan seluar dalam yang berjalur warnanya. Asalkan ada yang berkibar.

Jika dahulu ada syarikat yang ingin menaja bendera dengan mengedarkannya kepada pemandu kenderaan ditol-tol tetapi kini sudah tidak kelihatan. Banyak syarikat yang sekarang sudah tidak mampu lagi menderma.

Bangsa asing melihat KEMERDEKAAN itu satu peluang, bangsa Melayu melihatkan Kemerdekaan itu satu sejarah dan keraian yang berulang. Yang pasti satu untung dan satu rugi. Rugi Melayu adalah kerana beli bendera dan keluar jauh malam, untung bangsa asing adalah kerana jual bendera dan malam duduk rumah makan bersama keluarga. Esok Melayu bangun lewat sedangkan bangsa asing bangun awal untuk terus berniaga.

JENERASI BARU PRODUK BARU

Berikutan kegagalan kerajaan di dalam menjaga dan menitik beratkan kepentingan rakyat, kita sebenarnya hidup seperti diera penjajahan. Sukar memperolehi barangan dizaman dahulu akibat putus hubungan kerana perang tetapi ketiadaan barangan ketika ini adalah kerana tiada wang untuk membeli barang dan pengusaha pula hentikan pengeluaran barang demi untuk menaikkan harga barangan tersebut. Keadaan berbeza tapi hakikatnya serupa. Merdeka kah kita?

Dalam banyak-banyak kekesalan, kerajaan seharusnya bersyukur kerana masih ada golongan yang ingin menyambut kemerdekaan. Pasti dilihat nanti bagaimana adanya golongan intelek dan remaja-remaja yang menyambut kemerdekaan di pub-pub, disco dan pusat hiburan sehingga ke pagi. Kebanyakannya adalah golongan remaja produk kerajaan. Yang terpesong akibat sistem pelajaran ala British dan Kerajaan Islam Hadhari, Hari-hari, tiap hari lupa diri.

RAKYAT SUDAH LUPA KEMERDEKAAN

Semangat nasionalisma dan kemerdekaan kini semakin pudar. Di dalam kita mengecapi kemerdekaan dan pembangunan yang dicipta oleh pemimpin UMNO sejak dahulu, ternyata ianya menambah beban kepada rakyat. Bangsa Melayu semakin hari semakin tercicir. Pulau Pinang sudah hampir menjadi Singapura, Kuantan sudah menjadi Hadyai, Kuala Lumpur sudah menjadi New York dan Kelang sudah menjadi BRONX. Ada kemajuan, ada kemiskinan dan ada jenayah yang sukar dikawal.

Jenayah akibat kesempitan hidup menjadi-jadi. Sebelum merdeka kita diserang musuh, kini kita diserang penjenayah yang mungkin juga jiran kita sendiri. Hidup tidak seharmoni dahulu kerana ekonomi semakin membimbangkan. Kehidupan rakyat tidak seimbang. Yang kaya, teramat kayanya dan yang miskin semakin menghimpit kemiskinannya. Ada yang menjadi ROBIN HOOD dan ada yang menjadi ARIEAL SHARON.

Rakyat sudah ada kasta. Pariya akan berusaha untuk menjadi kaya. Kaedah mereka berbeza. Yang bijak guna akal, yang bodoh guna kederat dan yang ingin mudah, menjadi penjenayah. Rompak sana dan sini. Jentolak bukan lagi untuk projek RMK 9, tapi untuk merompak bank, membawa lari mesin ATM.

MELAYU YANG MERDEKA

Setiap tahun, Bangsa melayu adalah bangsa majoriti yang menjerit sakan dihari kemerdekaan. Entah apa yang dijeritkan, aku tidak tahu. Namun yang pasti aku menjerit bila semua orang menjerit. Jeritan aku hanya ikutan dan bukan dari pengertian yang sebenar. Benarkah kita sudah merdeka? Persoalan yang dijawab dengan jawapan khayalan para pemimpin sejak dahulu.

Sorakan itu kini terhenti kerana bangsa melayu sudah tidak kekal merdeka. Puas sudah kerajaan meminta supaya kita terus bersorak, tetapi sebenarnya kita bimbang akibat SORAK MENANG, TANAH TERGADAI. Islam kini juga sudah ditindas dan dipermainkan. Bangsa Melayu sudah lama diperalatkan oleh pemimpin dan bangsa lain, kerajaan kononnya memperuntukkan belanja untuk kemajuan bangsa Melayu, sedangkan peruntukan itu lari entah ke mana.

Pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dimana-mana tanpa ada usaha sekatan oleh kerajaan. Kebenaran digelar FITNAH dan TOHMAH. Kerajaan cuba membenteras sebarang kenyataan yang dianggap fitnah sedangkan tidak berusaha untuk menidakkan tuduhan dan mencari bukti. Terlalu banyak sekatan untuk mencari kebenaran tetapi kepada kerajaan pintu luas terbuka cuma malas nak cari kebenaran kerana tiada lagi kebenaran. Kerajaan sudah tahu, mencari bukti akan membuka aib diri.

Di dalam kampung Melayu yang mempunyai penduduk yang ramai keluarga, tidak tentu lagi 10 orang yang berjaya. Hendak salah kan kerajaan? Tentu alasan kerajaan, MELAYU MALAS. Kini Melayu benar-benar Malas. Malas untuk berharap kepada kerajaan, malas untuk percaya kepada kerajaan dan malas untuk menyambut kemerdekaan.

HASRAT SEBENAR

Aku memang mahu merdeka tetapi pemimpin Melayu yang mahu Melayu dijajah semula.

Merdekakah kita jika hingga sekarang kita masih berharap untuk menjadi maju seperti bangsa lain? Merdeka kah kita jika kita sendiri tidak boleh kritik kerajaan? Merdeka kah kita jika kita sendiri di dalam kesusahan untuk sekadar hidup?

Kita lambat maju kerana berharap pada kerajaan untuk merealisasikan kesemua janji yang pernah diucapkan. Tunggu dan tunggu, kini kerajaan tegah rakyat untuk tidak lagi berharap pada kerajaan. Melayu kini mula bertapak sendirian tanpa bantuan. Bantuan diberikan? Itu semua janji palsu.Melayu bodoh kerana pegang pada janji sedangkan janji tidak pernah ditunaikan kecuali ada kepentingan.

Aku hilang kenyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan maka kerana itulah aku tidak lagi sambut 31 OGOS. Pada ku 31 Ogos adalah hari menjerit sakan ala Pak Kaduk.

p/s : Credit to Raden Jawo

Iklan ini ditaja khas oleh #fakap petro.
Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia :)

Posted by kei@4:25:00 PM 1 comments


Upgrading Girlfriend 6.0 to Wife 1.0

Friday, August 18, 2006, posted by kakisembang

I'm sure a lot of you heard about the trouble one faced after upgrading Boyfriend 6.0 to Husband 1.0. Now let's hear another side of the story


Last year a friend of mine upgraded from GirlFriend 6.0 to Wife 1.0 and found that it's a memory hog leaving very little system resources available for other applications. He is now noticing that Wife 1.0 is also spawning Child Processes which are further consuming valuable resources. No mention of this particular phenomena was included in the product brochure or the documentation, though other users have informed him that this is to be expected due to the nature of the application....


Read more at
http://www.math.unipd.it/~favero/varie/ragazzauk.html

Posted by kakisembang@6:00:00 PM 2 comments


Marilah kita mengundi Mawi untuk Anugerah Era 2006!

Tuesday, August 15, 2006, posted by kakisembang

mawi

UNDIAN BAGI ANUGERAH ERA AKAN DITUTUP PADA 20 OGOS 2006. TINGKATKAN UNDIAN ANDA. MAWI TERCALON BAGI 7 KATEGORI. CARA-CARA UNDIAN:

1. UNDIAN WEB

(pastikan undi semua kategori )

http://www.era.fm/oap/06/AE06/undi.asp

Artis Harapan Pilihan : Mawi (AHP 4)

Vokal Lelaki Pilihan : Mawi (VLP 4)

Vokal / Duo Berkumpulan Pilihan : Mawi/ M.Nasir (VDBP 1)

Irama Global Pilihan : Aduh Saliha (IGP 1)

Lagu Pop Pilihan : Kian (LPP 4)

(Hanya VOTE KIAN untuk elakkan UNDI PECAH!!)

Video Muzik Pilihan : Lagu Jiwa Lagu Cinta (VMP 3)

2. UNDIAN SMS

type kod undian, send to 32555

(sekiranya belum berdaftar di Era, daftar dahulu, type Eradaftar Nama ke 32555)

Artis Harapan Pilihan : type UNDI AHP 4

Vokal Lelaki Pilihan : type UNDI VLP 4

Vokal / Duo Berkumpulan Pilihan : type UNDI VDBP 1

Irama Global Pilihan : type UNDI IGP 1

Lagu Pop Pilihan : type UNDI LPP 4

(Hanya VOTE KIAN untuk elakkan UNDI PECAH!!)

Video Muzik Pilihan : type UNDI VMP 3

Artis Pilihan DiGi AE'06: type UNDIDG MAWI (digi only..beli simkad digi)




Ya... undilah mawi!! takpayah register kat SPR pun takpa! Anda patut mengundi mawi sebab,

1. mawi best
2. mawi botak
3. mawi 'alim'
4. mawi baru putus tunang
5. mawi budak baik
6. mawi budak FELDA
7. mawi WORLD


mari undilah mawi!! mari beramai-ramai meriahkan majlis mengundi mawi!!! kasi dia menang. Mawi menang takpa asalkan korang yang mengundi mawi tu kontang, hahahaha baru puas hati korang!!

fakyu!!

Posted by kakisembang@8:19:00 PM 2 comments


Ubuntu 5.11 - a version that never been released

Monday, August 14, 2006, posted by kakisembang

ubuntu

Posted by kakisembang@4:57:00 PM 2 comments


NetBSD 3.0.1 amd64 Release on Compaq Presario V3010AU

Tuesday, August 08, 2006, posted by ~ayoi~



Greetings earthlings kes kes kes.

Well it seems where FreeBSD 6.1-Release failed, NetBSD succeed. Actually I do believe FreeBSD can be installed on the laptop itself and not on VMWare. So far in term of performance wise, I think NetBSD can cope with the rest. The installation method is far more friendlier than the earlier version (1.5.1 in my case) but configuration, it still the same. Heheheh. Anyway for those who wants to test this BSD flavour, be my guest. Easier to customize to suit your need btw. And I've posted the mini howto here. Check it out. :D

NetBSD 3.0.1 (GENERIC) #0: Thu Jul 13 20:27:04 UTC 2006
riz@b2.netbsd.org:/home/builds/ab/netbsd-3-0-1-RELEASE/amd64/20060713182
6Z-obj/home/builds/ab/netbsd-3-0-1-RELEASE/src/sys/arch/amd64/compile/GENERIC

cpu0: AMD Turion(tm) 64 X2 , 1607.94 MHz
cpu0: features: efdbfbff
cpu0: features: efdbfbff
cpu0: features: efdbfbff
cpu0: I-cache 64 KB 64B/line 2-way, D-cache 64 KB 64B/line 2-way
cpu0: L2 cache 256 KB 64B/line 16-way

Posted by ~ayoi~@12:10:00 AM 1 comments


Rancangan Realiti TV

Friday, August 04, 2006, posted by kei

Dilaporkan para ulamak Saudi telah mengeluarkan fatwa mengatakan satu program hiburan realiti TV yang mengumpulkan remaja sebagai jenayah kepada Islam dan meminta semua pihak yang terlibat termasuk para penontonya bertaubat.

Di Malaysia, kita ada berbagai-bagai rancangan TV yang merosakkan akhlak, seperti yang dimaksudkan oleh ulamak Saudi itu. Yang paling diminati dan hampir menyerupainya ialah Akademi Fantasia.

Kini Akademi Fantasia siri ketiga pula dalam pembikinan. Program ini juga mengumpulkan pelajar, lelaki dan perempuan, di suatu 'akademi' untuk dilatih 'melalak' sebelum beradu nasib di pentas.

Mustahil para ulamak di Malaysia tidak tahu hal ini kerana ia disiarkan secara langsung melalui TV dan nampak jelas pelajar lelaki dan perempuan berpelukan apabila keputusan diumumkan.

Kita hanya mendengar teguran dan nasihat dari ulamak di luar kerajaan sahaja tentang program ini. Ulamak dalam kerajaan seperti tidak berani berkata benar di depan pemerintah.

Atau apakah mereka belum berjumpa nas yang melarang perbuatan mungkar itu. Atau mungkin mereka ada alasan lain untuk terus membisu?

Kita harap ulamak dalam kerajaan dapat memandu pemerintah ke arah jalan yang benar. Yang salah tetap salah. Bila yang salah dikatakan salah oleh pihak pembangkang, kerajaan akan menuduh pembangkang sentiasa cari kesalahan mereka.

Nanti bila dikatakan ulamak 'terompah kayu' baru sibuk melenting sana sini. Waktu itu keluarlah ayat-ayat al-Quran dan Hadis tentang dosa-dosa menghina ulamak. Dalam sebuah hadis Rasulullah, baginda ada menyatakan: Ungkapan: "..sesungguhnya dosa itu risikonya adalah ke neraka"
- Riwayat Bukhari.

Tolong menolong kepada kemungkaran juga adalah salah satu dosa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah: Ungkapan: "Kamu hendaklah tolong menolong kepada kebaikan dan ketaqwaan dan JANGAN kamu tolong menolong terhadap perbuatan dosa dan permusuhan"

Melihat kepada perkembangan semasa, adakah kita dapat lihat program AF sebagai satu program ketaqwaan atau kebaikan? Semua sudah tahu tentang AF, semua sudah kenal siapa mawi, vince dan zahid dan lain-lain lagi. Semua sudah tengok aksi tarikan, pelukan, dedah aurat anak-anak muda berfantasi di atas pentas. Saya rasa tidak ada sebab untuk kita katakan program itu satu program kebaikan atau ketaqwaan. Kalau ada kebaikan sekalipun, tidak cukup untuk menampung perbuatan yang jelas dan terang haramnya. Buka aurat, dedah tubuh, peluk sana sini, itu pun sudah cukup untuk dikategorikan seabgai dosa.

Saya rasa tidaklah terlalu ekstrim pendapat ini. Kerana saya sendiri anti kepada pemikiran ekstrim terutama pada zaman umat Islam jauh daripada agamanya. Kalau program Akademi Fantasi itu boleh dikategorikan sebagai program ketaqwaan, atau sekurang-kurangnya menjana kepada ekonomi dan pertumbuhan negara, mungkin pendapat ini boleh dikatakan ekstrim. Tapi bagi saya, program ini banyak merugikan negara. Pada zaman inflasi sedang naik, masih ramai yang membazir wang dengan mengundi. Pada zaman Pak Lah mahukan peningkata modal insan berasaskan ilmu, masih ramai umat yang leka dalam fantasi mereka nak menjadi orang glamer, berhibur dan semata-mata hiburan. Hiburan meringankan minda, merosakkan pemikiran. Umat tidak menjadi umat yang tahan lasak. Umat sentiasa berhibur takut untuk berjuang.

Sudah berbagai fatwa dikemukakan tentang undian AFUNDI ini haram. Dan sewajarnya pendapat ini diketengahkan kepada umum. Setiap SEN yang diundi menyumbang kepada perbuatan yang haram adalah haram jua berasaskan kepada firman Allah di atas. Dan setiap yang haram akan membawa kepada NERAKA jua akhirnya. Jika anda ada ahli keluarga, sahabat yang suka mengAFUNDI, beritahulah daripada undi orang menari dan menyanyi lebih baik dermakan RM10 kepada PALESTIN.

Derma palestin adalah wajib, undi AF adalah haram. Utamakan yang wajib. Elakkan yang haram.

Labels:

Posted by kei@6:30:00 AM 1 comments



Archives