Web blog.fakap.net

Subscribe blog fakap feed  Subscribe blog fakap feed

Bilik Untuk di sewa - Apartment di Kuala Lumpur

Tuesday, September 26, 2006, posted by kakisembang

Maklumat / Detail Room for Rent
Mencari housemate untuk menyewa bilik di Apartment Vista Angkasa, Kuala Lumpur/



The apartment is located within Kerinchi Kuala Lumpur, ideal for workplace and studies.

Interested? Please call 017 3500540 for more information.

Posted by kakisembang@1:24:00 PM 0 comments


Google Talk di Hand Phone

Sunday, September 24, 2006, posted by kakisembang

mobile google talk

ya, anda sudah tentu biasa dengan Google Talk bukan? Bagi yang belum biasa, Google Talk adalah perisian messenger yang dikeluarkan oleh Google, seperti mana perisian Yahoo Messenger dan MSN Messenger.

Kelebihan Google Talk adalah ia menggunakan protokol messenger terbuka, ini membolehkan google talk mudah diimplementasi/diadaptasikan oleh mana-mana aplikasi yang menyokong sistem messenger.

MGTalk

MGTalk adalah sebuah applikasi client Google Talk yang direka khas untuk kegunaan telefon bimbit (handphone), ia memerlukan telefon bimbit yang menyokong perisian Java MIDP 2.
mgtalk 1mgtalk 2

Contoh telefon yang menyokong MGTalk adalah :
Semua telefon Nokia S60 2nd,3rd edition :
6600,6630,6680,N70,N90,3230,3250,N80,N91

Sony Ericsson,
K600i,K750,W600, K700

dan banyak lagi...

Download MGTalk


Sumber :
MGTalk Website
MobilePit - Google Talk Mobile Phone Client

Posted by kakisembang@6:58:00 PM 0 comments


Ayam Oh Ayam

Friday, September 22, 2006, posted by kei

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Menjelang masuknya bulan puasa beberapa hari lagi, harga runcit ayam daging seluruh negara akan dinaikkan sebanyak 65 sen setiap kilogram mulai esok.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan- Persatuan Penternak Malaysia (PPPM), kenaikan tersebut berpunca daripada pertambahan dalam permintaan berbanding penawaran di pasaran.

Katanya, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini ialah RM5.65 daripada RM5 sekilogram manakala harga siling ditetapkan ialah RM6.70 sekilogram.

Bagi ayam siang beserta kaki, kepala dan hempedal, harga runcit kini ialah RM5.05 sekilogram berbanding RM4.45 sekilogram.

Kata kenyataan itu, harga siling yang ditetapkan bagi ayam itu ialah RM6 sekilogram.

Meningkat

Harga ayam ladang hidup pula turut meningkat kepada RM3.20 sekilogram daripada RM2.55 sekilogram.

Tambahnya, harga pemborong bagi ayam siang dan ayam hidup masing-masing meningkat RM4,45 dan 3.79 bagi setiap kilogram.

Sementara itu, harga runcit baru bagi ayam hidup pula meningkat sebanyak RM4.20 sekilogram berbanding sebelum ini RM3.55 sekilogram.

Bagaimanapun ia masih belum melepasi harga siling ditetapkan iaitu RM6 sekilogram.

Menurut kenyataan itu, walaupun harga ayam mengalami kenaikan, ia bagaimanapun terkawal dan masih di bawah paras harga ditetapkan oleh kerajaan.


komen-komen yang biasa kita lihat.....

1. Tepat pada masanya
2. Kenaikan tidak dapat dielakkkan
3. Masih tidak membebankan rakyat
4. Masih rendah berbanding dengan negara luar
5. Sudah lama tak naik
6. Untuk menggalakkan rakyat berjimat
7. Kenaikkan masih minima
8. Ubah gaya hidup

9. Boikot ayam, makan ikan
10.Tidak akan naik lagi sampai tahun depan

Posted by kei@9:39:00 PM 0 comments


Updating NetBSD

Wednesday, September 20, 2006, posted by ~ayoi~


Ok guys, as many of us know how to update our own FreeBSD, but only few guides on how to update your netbsd. Well I've stumbled few guides from websites, forums and others. So here're the compiled, simple way how to update your beloved netbsd..

p/s: For those who feels that I've taken their guides/posting please let me know so I can give proper credit to you. :D

Initial checkout:
1). setenv CVSROOT anoncvs@anoncvs.netbsd.org:/cvsroot
2). setenv CVS_RSH ssh
3). cd /usr
4). cvs checkout -r -P src #Release = netbsd-3-0-RELEASE or netbsd-3-0-1-RELEASE
#Stable = netbsd3
#Current = Replace with -A (cvs checkout -A -P src)

5). cvs log Makefile | grep pkgsrc-`date +%Y`Q. # To know pkgsrc branches for the current year.
6). cvs checkout -r <200xQy> -P pkgsrc #Where x=year y=quater. For Quater 2 2006 = 2006Q2
# for current = cvs checkout -A -P pkgsrc

7). *cvs checkout -r -P xsrc # same options as src for RELEASE, stable and current.
8). mkdir /usr/obj
9). cd /usr/src
10). ./build.sh -T (for older version -t)
11). cd /usr/src/sys/arch/amd64/conf # Choose ur architecture correctly aaa..
12). config MYKERNEL
13). cd ../compile/MYKERNEL
14). make dependall install #I recommend you to back up your workable kernel 1st.
15). reboot
16). cd /usr/src
17). ./build.sh distribution
18). **cd /usr/pkgsrc/pkgtools/pkg_install
19). **make install
20). *cd /usr/xsrc
21). *make build
22). etcupdate <-- mergemaster in FreeBSD
23). **cd /usr/pkgsrc/pgktools/pkgchk
24). **make install clean

You can read more here

Posted by ~ayoi~@10:54:00 AM 1 comments


Rumah Untuk Di Sewa, Alor Setar, Kedah

Tuesday, September 19, 2006, posted by kakisembang



Maklumat




Maklumat lain


Berminat?
Hubungi 012 592 6733 untuk maklumat lanjut.

 

Posted by kakisembang@11:32:00 AM 1 comments


Link Exchange and Contact Page has been fixed!

Sunday, September 17, 2006, posted by kakisembang

Berita baik kepada pengguna #fakap ! Kami telah membaiki kefungsian Link Exchange untuk memberikan anda peluang link exchange dengan #fakap community speaks. Buat masa ini, blog fakap menerima 300-450 hit sehari, Oleh itu, jangan lepaskan peluang! Segeralah menambahkan link anda ke blog fakap

Sebagai tambahan, Contact Us page juga telah dibaiki, untuk memudahkan anda berhubung terus dengan maintainer blog fakap. Sekali lagi, terima kasih kerana melayari blog fakap.

fakap all those nonsense!!

Posted by kakisembang@7:57:00 PM 0 comments


Siapakah Kita?

Saturday, September 16, 2006, posted by kei

Peringatan buat diriku yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...
Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu
mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...* kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! Siapa kita....????
Wallahu'alam

peringatan untuk kita semua yang sering lupa....

Posted by kei@8:07:00 AM 2 comments


Boikot Roti Lima Tinggi?

Friday, September 15, 2006, posted by kei

Surat 1 yang dicopy sesedap rasa dari laman PPIM

Sdr Pengarang,

KENYATAAN MENGELIRUKAN DARI PENGELUAR ROTI

Saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa kenyataan BELA DIRI daripada sebuah syarikat roti multinasional yang dibiayai sebahagian besarnya daripada wang rakyat Malaysia melalui pelaburan daripada KWSP dan LUTH.

Memang amat MEMUAL dan MENYAKITKAN HATI Pengarah Urusan Syarikat berkenaan masih cuba menegakkan 'benang basah' beliau dengan cara MEMBELI IKLAN dan menjemput media melawat kilang mereka di Shah Alam.

Ini merupakan perbuatan MENYALAH GUNAKAN MEDIA untuk memutar belitkan FAKTA. Kerana syarikat berkenaan secara licik telah memasukkan banyak fakta-fakta yang salah dan bersifat prejudis malahan menidakkan sentimen beragama dan di negara ini.



Melalui iklan akhbar mereka memberikan 4 fakta untuk tujuan menyelamatkan pasaran roti keluaran mereka dengan kenyataan bahawa:

1. Roti mereka kini dikeluarkan di kilang baru mereka di Shah Alam.

~ Fakta sebenar di sini adalah mereka cuba mengalih perhatian bahawa sebenarnya kilang mereka yang diserbu di Nilai, Negeri Sembilan itu tidak lagi dirujuk oleh masyarakat pengguna sebagai AMAT KOTOR, JIJIK dan TIDAK MEMATUHI SPESIFIKASI.

Perlu ditekankan di sini bahawa tidak ada sesiapa pun mempertikaikan tahap kebersihan kilang di Shah alam itu, tetapi BOLEHKAH pengurusan syarikat berkenaan MENAFIKAN bahawa kilang di Nilai itu BUKAN MILIK MEREKA?

Janji yang sama pernah dikeluarkan lebih dari 2 tahun yang lepas untuk memindahkan seluruh operasi mereka ke Shah Alam sepenuhnya tetapi operasi di Nilai di teruskan juga sehinggalah serbuan dibuat dan menyerlahkan sikap buruk pengurusan kilang berkenaan.

2. Kilang tersebut mempunyai kelulusan JAKIM~ Hakikatnya, kelulusan JAKIM untuk kilang di Nilai telah ditarik SERTA MERTA apabila di dapati hasil pemeriksaan tahap kebersihan kilang DI BAWAH TAHAP 50%. Bayangkan kilang yang semegah itu boleh berada ditahap lebih rendah daripada TAHAP MINIMA yang diperlukan. Sekiranya kilang itu bertaraf SME bolehlah diterima akal. Ini menjelaskan kepada kita memang pemilik kilang berkenaan KERAS KEPALA.

3.Fakta ke tiga adalah mengenai penggunaan minyak TRENAKTIF PR100.

~ Syarikat masih bertegas menyatakan minyak itu halal walhal ia masih dalam peringkat ujikaji makmal. Malahan yang paling teruk lagi TRENAKTIF PR100 menggunakan sijil kelulusan agensi YAHUDI yang tidak pernah mendapat pengiktirafan kita. Malahan nama YAHUDI itu sendiri merupakan PENGGANAS antarabangsa yang telah menghancurkan keamanan dunia. ADALAH BENAR syarikat ini TIDAK FAHAM SENTIMEN NASIONAL ataupun sengaja MENCABAR umat Islam di negara ini.

4. Fakta ke empat syarikat dengan terang dan nyata telah menyalah gunakan KUASA membuat aduan Polis terhadap Pegawai Keselamatan mereka atas tuduhan mengambil gambar dipremis tanpa kebenaran.

~ Para pengguna sepatutnya BERTERIMA KASIH kepada pegawai keselamatan berkenaan yang PERIHATIN terhadap kebersihan, kesucian dan MARUAH umat Islam di negara ini. Beliau sanggup mengambil risiko dibuang kerja kerana ingin mendedahkan kebathilan yang berlaku di kilang berkenaan. Saya ingin mencadangkan supaya pegawai berkenaan di pilih sebagai TOKOH PENGGUNA tahun ini.

Menyimpulkan kesemua fakta-fakta di atas kita boleh merumus bahawa pemilik kilang merupakan bukan beragama Islam, tidak sensitif kepada amalan beragama di negara ini, amat sombong, memutar belitkan fakta dan berupaya menggunakan pengaruhnya selama ini untuk menipu para pelabur dan pengguna terutamanya umat Islam di negara ini dengan amalan buruk perkilangan sehingga negara kehilangan jutaan ringgit akibat pelaburan agensi kerajaan terhadap syarikat milik beliau.

Mungkin selepas ini BPR perlu melakukan siasatan lanjut terhadap syarikat ini melihat banyak keganjilan dan pengecualian berlaku di dalam pengurusan syarikat ini. Malahan perlu juga di semak corak pelaburan agensi-agensi amanah dan kerajaan yang dengan begitu mudah melabur dalam syarikat sebegini tetapi begitu ketat untuk melabur dalam syarikat milik bumiputra.

Dengan ini, saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang menyedari kepentingan makanan HALAL supaya berhati-hati terhadap MUSANG BERBULU AYAM sebegini.

Ramai di kalangan mereka ada dalam lingkungan kita dengan bertopengkan wajah manis dan hamburan puji-pujian dan bantuan keewangan yang tidak ikhlas dan berniat buruk.

TUK JANGGUT PETALING


Gambar-gambar menarik







untuk melihat gambar-gambar yang lebih menarik sila klik disini

Nasib baik aku dah lama tak makan roti.

Posted by kei@11:52:00 AM 0 comments


Mawi lagi??

Thursday, September 14, 2006, posted by cr0mok

Sila rujuk http://mawifc.com/news_read.aspx?newsid=14 untuk berita penuh..

"Malah, Mawi adalah satu-satunya penyanyi bertuah kerana mempunyai kelab peminat yang akan menyokongnya di dalam keadaan apa jua sekalipun. Difahamkan MawiFC mempunyai lebih 5,000 ahli yang berdaftar di dalam dan di luar negara.

Sikap prihatin MawiFC yang sentiasa menyokong karier Mawi dari belakang tanpa mengharapkan publisiti seharusnya menjadi pendorong pada Mawi untuk terus memajukan diri.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan kemenangan Mawi adalah kemenangan Mawi FC juga dan penggerak utama jentera komiti ‘undian’ disebabkan pengelolaan dan kebijaksanaan presidennya Rozita Shahadan.

"Tentulah perasaan gembira yang amat sangat apabila Mawi berjaya. Di kesempatan ini, saya bagi pihak pengurusan MawiFC ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong, peminat, pengundi yang telah mengundi Mawi sehingga berjaya mencapai keputusan yang amat memberangsangkan," kata Rozita.
"

Berdasarkan petikan artikel/berita/cerita dongeng di atas,memang nampak sangat mawi ni tak berbakat sebab menang semua nya dengan "SMS".Kan elok kalau duit yang nak guna "SMS" kat mawi tu derma kat mangsa gempa bumi ka,orang2 lebanon ka.. bleh gak dapat pahala.. ni hampa dok "SMS" mawi,hampa apa dok takdak..

Labels:

Posted by cr0mok@6:39:00 PM 6 comments


Melayu?

Tuesday, September 12, 2006, posted by kei

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu

Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu?

Posted by kei@3:32:00 AM 0 comments


Tahniah .. Anda telah ...

Monday, September 11, 2006, posted by -o-

Merujuk kepada blog yg dipost oleh kakisembang bertarikh 15 August 2006 yg bertajuk

Marilah kita mengundi Mawi untuk Anugerah Era 2006!

Akhirnya .. mawi pulun 7 anugerah
  1. Anugerah Artis Harapan Pilihan
  2. Anugerah Irama Global Pilihan
  3. Anugerah Vokal Lelaki Pilihan
  4. Anugerah Lagu Pop Pilihan
  5. Anugerah Video Muzik Pilihan (berkongsi ngn sifu M.Nasir)
  6. Anugerah Anugerah Carta Era
  7. Anugerah Artis Pilihan SMS DiGi (Braper byk org berabis untuk dia ek?)
Tahniah kepada mawi's kipas-susah-mati .. Dan tahniah kepada kakisembang .. Impian anda menjadi kenyataan .. BTW, klau mawi leh mengurangkan kefofuleran datin Ct, sapa plak yg leh menurunkan ke'world'an mawi? Anyone?

Posted by -o-@9:14:00 PM 1 comments


Kerajaan Malaysia Sdn. Bhd

Wednesday, September 06, 2006, posted by kei

Di copy/paste daripada laman jahilgoblog dot net


"Serabut, jadi makin serabut bila baca cadangan senator sekoq ni di parlimen berkaitan cadangan kenaikan yuran peperiksaan UPSR dan sebagainya di Berita Harian pagi ni.

Statement yang paling menyentuh dan menyerabutkan kepala otak aku ialah bila dia ni kata :

"Begitu juga dengan PMR, yuran peperiksaan yang dikenakan adalah RM20 sahaja. Oleh demikian saya mencadangkan supaya yuran peperiksaan UPSR dan PMR dinaikkan untuk mengurangkan beban kerajaan," katanya.

Ok la, minyak kena penaik sebab subsidi membebankan kerajaan. Fine.

Tarif letrik pun kena naik, walaupun tak membebankan kerajaan secara lansung, tapi TNB still separuh kerajaan, yang akhirnya membebankan kerajaan.

Tol naik pun sebab perjanjian harus disemak setiap beberapa tahun sebab kalau tak, kerajaan terpaksa bayar pampasan, yang akhirnya akan membebankan kerajaan.

Skim2 pinjaman buku teks pun membebankan kerajaan.

Rakyat2 Malaysia yang sakit2 nak ambik ubat singgit kat klinik/ospital gomen pun membebankan kerajaan.

Biasiswa mansuh lama dah, sebab budak2 yang mengaji ni membebankan kerajaan.

Aku tadak ilmu sains politik, walaupun dulu mengaji kelas sastera. Tapi selama yang aku tau, kerajaan ni wujud sebab nak mengelola harta rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kemudahan prasarana macam pelajaran, kesihatan dan pengangkutan tu dah diketahui umum memang tugas kerajaan.

Tapayah bebel panjang2.

Gomen sekarang ni nampaknya semua nak diniagakan - dikoperatkan - untuk mendapatkan 'sedikit keuntungan' bagi meringankan beban kerajaan. Kerajaan kutip cukai - macam2 cukai dia kutip. Kerajaan ada minyak - jual yang dah diproses, bukan minyak mentah macam Indon. Kerajaan ada duit untuk bina macam2, F1 yang memang tak laku tu pun diteruskan setahun demi setahun. Kerajaan swastakan Air, Letrik, Telepon dan sekarang dah pelan2 nak swastakan Kesihatan dan Pelajaran. Beban dah kurang. Tol makin mencambah2 - beban lagi kurang. Punya tadak beban, sampai dok pikir camana nak cipta beban baru dengan letak pusat sukan kat London pulak lepas ni.

Tiba2 - saja tatau nak buat apa gamaknya - depa boleh pi dok korek benda kecik macam kertas peperiksaan ni untuk dibincangkan di parlimen bagi mengurangkan beban kerajaan! Apa salahnya kalau hangpa semua pakat2 pikiaq pasai YTL ngan Ananda yang dok perah teloq TNB tu bagi mengurangkan beban kerajaan? Atau apa masalahnya kalau hangpa semua pakat2 dok pikiaq macamana nak repair Kastam ngan Imegresen bagi lebih telus supaya cukai import eksportnya dapat dikutip dengan berkesan? Paling bodo pun, pakat2 dok pikiaq MAS ni untung tak kalau kita juai kira kati?

Ni dok pikiaq pasai kertas periksa budak2. KERTAS PERIKSA BUDAK2!!! Budak2 ni la sepatutnya kerajaan kena bela dan jaga, asuh dan didik, jangan beban, supaya dapat belajaq sampai kepuncak dan akhir sekali keluaq unibesti tolong balik kerajaan! HANG DOK PEGHAH TELOQ DIA DARI KECIK LEPAIH TU MARAH DIA BILA DAH KELUAQ UNIBESTI TAMAU KERJA NGAN HANGPA!!!

Aku tampaq jugak monitor pagi2 buta ni!"

Posted by kei@6:57:00 AM 3 comments


Keluarkan duit dari Paypal !

Kepada yang ingin mengetahui cara mengeluarkan wang melalui paypal, anda boleh menggunakan cara seperti yang disyorkan oleh http://malaysiapal.com !

  1. Tidak perlu orang tengah
  2. Tidak perlu membuka akaun bank US dan Singapura
  3. Permohonan boleh dilakukan dirumah sahaja!
  4. Panduan Percuma! Anda tidak perlu membayar untuk mendapatkan panduan ini

Lawati MalaysiaPal, cara mudah untuk mengeluarkan wang dari paypal anda!

Dapatkan tips-tips terkini dari Blog MalaysiaPal mengenai paypal dan perniagaan internet dari salah seorang usahawan internet Malaya!

Posted by kakisembang@6:35:00 AM 0 comments


Siti Nurhaliza 'Terkena' Penangan Pak Besar ?

Tuesday, September 05, 2006, posted by kakisembang




Adakah ini merupakan buah tangan pak besaq pada siti?

"No komen" - dipetik dari ayat kegemaran siti nurhaliza.

p/s: walaupun kat sini ramai je bleh kutuk-kutuk artis, tapi guna la nama samaran sendiri, jangan la guna nama orang lain pulak :p complaint received

Get Fast and Latest Currency Exchange result

#fakap community has launch a yet another service! FoXRate is a website which provide latest currency exchange service at the tip of your fingers.

It's easy and simple to use, just visit Foxrate currency exchange website and perform your conversion away! Simple to use and clean interface, another service provided from #fakap network

Posted by kakisembang@4:35:00 PM 0 comments


Kos Satu Hidangan Makanan Anda?

Sunday, September 03, 2006, posted by kei

Petikan drpd Utusan Malaysia (26 Ogos 2006):

"Sebanyak 32 orang kenamaan akan duduk di meja-meja utama dan dijamu dengan 12 jenis menu dengan kos mencecah RM297,000.

Antara menu itu ialah Kerana Jelingan Sup Ekor Berempah, Purnama Merindu Nasi Kabuli, Nasi Putih Kukus Daun Pandan Berpantun Kasih dan Ikan Kerapu Goreng Tepung Bersama Sos Pedas Bunga Kantan Nian Di Hati." - Perkahwinan Siti-Datuk K



12 jenis menu dengan kos mencecah RM297,000 untuk 32 orang kenamaan.

Setiap orang kenamaan boleh menikmati satu hidangan dengan 12 jenis menu.

Secara puratanya, (dengan kiraan RM297,000 / 32 orang) setiap seorang menikmati hidangan yang berharga RM9281.25.

Setiap menu yang dinikmati oleh seorang, secara puratanya (dengan kiraan RM9281.25 / 12 menu) berharga RM773.44.

Cuba bandingkan kos SATU HIDANGAN untuk SEORANG yang berharga RM9281.25 yang dimakan SEKALI WAKTU ....
dengan kos SATU HIDANGAN untuk ANDA SEORANG yang dimakan SEKALI WAKTU. Berapa anggaran kos satu hidangan yang anda makan? Berapa pula jumlah menunya? Berapa anggaran kos untuk satu menu?

Cuba bandingkan kos SATU HIDANGAN untuk SEORANG yang berharga RM9281.25 yang dimakan SEKALI WAKTU ....
dengan kos SATU HIDANGAN yang dimakan SEKALI WAKTU
untuk SEORANG MANGSA KRISIS DI LUBNAN, atau untuk MANGSA PERANG DI IRAQ, atau untuk SEORANG DI RUMAH ANAK YATIM, atau untuk SEORANG BALU YANG MISKIN, atau untuk SEORANG ANAK BALU YANG MISKIN, atau untuk SEORANG AYAH ATAU IBU YANG MENANGGUNG ANAKNYA YANG MENDERITA KANSER, atau untuk SEORANG MANGSA BENCANA ALAM, atau untuk SEORANG...(ANDA BOLEH TAMBAH SENDIRI).
Berapa anggaran kos satu hidangan yang mereka makan? Berapa pula jumlah menunya? Berapa anggaran kos untuk satu menu?

Hidangan berharga RM9281.25 terhidang dimeja dengan 12 menu, untuk santapan seorang kenamaan... 'selamat menjamu selera'...

Posted by kei@10:49:00 PM 4 comments



Archives