Web blog.fakap.net

Subscribe blog fakap feed  Subscribe blog fakap feed

Menteri Belia dan Sukan yang Fakap !!!

Saturday, May 31, 2008, posted by kakicarut

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang tidak hadir ke pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia pada 30 Mei lalu amat memalukan. Bila disoal wartawan mengapa beliau tidak hadir , ini lah jawapannya "Secara prinsipnya, bila Mokhzani keluar daripada UMNO kerana tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, itu bermakna beliau juga tidak yakin dengan saya sebagai menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri". Ini bukan masaalah yakin atau tidak,tapi masaalahnya sebagai menteri beliau sepatutnya hadir ke majlis berkenaan, ini amat memalukan sebab itu adalah majlis pelancaran sukan antarabangsa.Memang fakap tul kalo bab sukan nak campur ngan politik.

Posted by kakicarut@11:21:00 AM 8 comments


Maka Terfakaplah Dia

Sunday, May 25, 2008, posted by kei

Sila rujuk posting Bahan Lawak 2.

Penggangur UITM sebenarnya usahawan

Shah Alam -Seorang bekas pelajar Universiti Tekknkologi Mara (UiTM) mendedahkan Mohd Shaid Rosli yang membuat dua laporan polis terhadap kerajaan Pakaran Rakyat (PR) di Selangor mempunyai kepentingan sendiri, malah bukan penggangur seperti yang didakwa sebelum ini.
Beliau yang tidak mahu iddentitinya dikenali dan mengakui mengenali rapat Mohd Shaid berkata graduan UiTM itu sebenarnya seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai perniagaan sendiri di bandaraya ini.
"Saya syak dia dipergunakan oleh pihak tertentu yang mungkin bermotifkan politik untuk membuat laporan tersebut
"Kami tidak tahu mengapa dia mendakwa dirinya penganggur, sedangkan dia mempunyai perniagaan enterprise dan dalam usaha membina syarikat Sendirian Berhad," katanya
Mohd Shaid sebelum ini menbuat dua laporan polis mendakwa kerajaan campuran Selangor memungkiri janji berhubung penghapusan cukai pintu untuk rakyat negeri itu dan pemberian insentif RM1,000 kepada anak Selangor memungkiri janji berhubung penghapusan cukai pintu untuk rakyat negeri itu dan pemberian insentif RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Beliau turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap Kerajaan Selangor selepas mendapati kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) DAP dan PAS, gagal menunaikan janji manifesto pakatan parti-parti itu pada pilihanraya umum lalu.
Rakannya itu turut mendakwa, selain memiliki perniagaan yang semakin berkembang maju, Mohd Shaid juga memiliki sebuah kereta mewah dan aktif dalam sebuah pertubuhan politik.
"Dia seorang majikan yang baik dan tegas serta amat mengambil berat tentang kebajikan pekerja
"Selain daripada kedai ini, satu lagi kedai yang dimilikinya ialah di UiTM Shah Alam," kata salah seorang pekerjanya ketika Sinar Harian membuat tinjauan di premis perniagaan milik lelaki tersebut di Seksyen 7 di sini.

Labels: , , , ,

Posted by kei@2:40:00 PM 1 comments


Pedra Branca atau Pulau Batu Putih terfakap jatuh ke pihak SIngapura

Friday, May 23, 2008, posted by kakisembang

Dukacitanya dimaklumkan Pulau Batu Putih ataupun dengan nama saintifiknya Pedra Branca telah diputuskan ICJ menjadi milik Singapura.

pedra branca


Takda apa yang mengejutkan disini sebab dari awal-awal lagi, Malaysia tak pernah amik tau apa apa pun pasal Pulau Batu Putih, cuma baru baru ni saja nak kecoh nak tuntut balik.

Moral dalam cerita kali ini adalah : Jangan ambil sikap acuh tak acuh pada harta benda milik sendiri. Jangan serah hakmilik pada orang. Mana ada kes dimana tanah sendiri bagi orang lain duduk sewenang wenangnya, sampai tuan sendiri pun tak pernah pi jenguk, berapa puluh tahun dah tu? Jadikan lah pengajaran....

baik jugak Batu Putih dapat kat Singapore, sebab nnt kalau Malaysia menang, takut Brunei pulak duk pi tagih kat ICJ tuntut balik Sarawak guna alasan yang lebih kurang sama, sebab dia bagi Sarawak kat Brooke 150 tahun lepas, tp sebab Brooke dah mampus, Sarawak kena bagi kat Brunei balik... haha..

Nasib baik la tak jadi camtu.


Apa apa pun aku duk pikir balik sekarang ni, lepas Projek Angkasawan Pertama yang menelan kos RM30 Juta, dan projek Angkasawan Kedua yang dijangka menelan kos RM100 juta. Berapa duit pulak yang Malaysia ilang untuk amik balik Pulau Batu Putih yang (sememangnya Malaysia tak pernah amik tau) kali ni? isk isk isk, sapa punya pemerintahan ni? nanti dalam masa 10 tahun, indo pulak takeover Malaysia, pengikut diaorang dah ramai dah kat sini...

Labels: , ,

Posted by kakisembang@6:54:00 PM 2 comments


Bullshit : Astrounaut programme, free or RM30 million ?

Monday, May 19, 2008, posted by kakisembang

No offense to our so-called Angkasawan, but I think our ministry of Science, Technology and Innovation is bullshitting me and the rest of Malaysians with their ever so changing statements about the cost of sending Spaceflight participant to space.

BN-lead government should understand that above all,

Posted by kakisembang@3:50:00 PM 0 comments


bagi la bang mat kahwin lagi, aparra...

Bagi yang tidak mengenali abang mat kita ni atau dengan nama sebenarnya Mohamed Nor. Beliau merupakan seorang pemandu lori berpendapatan RM1,500 sedang memohon untuk mengahwini isteri keempat daripada Mahkamah Syariah di Kelantan.

Menariknya, ketiga-tiga isterinya bersungguh-sungguh menyokong permohonan suami mereka untuk berkahwin dengan isteri keempat, termasuk menunjukkan bukti kedudukan kewangan masing masing yang kukuh bagi memobolehkan abang mat kita ni kahwin lagi.


Bang mat isteri 4



Tapi yang tak syoknya, Mahkamah syariah tersebut seperti berat nak kasi abang mat ni kawin lagi, walaupun semua isteri abang mat tu sebulat suara bagi permission kat dia untuk kahwin lagi, dan berusaha keras untuk mengkantoikan abang mat.

bagi pendapat blog fakap, abang mat patut dibenarkan kahwin lagi kerana :


Kalau bini Pak Sheikh tak bagi kawin empat pun, janganla pulak nak kantoikan bang mat pulak tak kasi dia kahwin empat, dia dah mampu tu, bini dia pun restu. suka sama suka pulak...

Labels: , , , , , ,

Posted by kakisembang@3:08:00 PM 2 comments


Happy birthday to fenris dan blog fakap!!

w00t.. I would like to take this golden opportunity to extend my birthday wish to e-jat aka fenris who are celebrating his birthday yesterday.

His birthday coincides with blog fakap anniversary which was started on 15 May 2006. So its a double celebration guys. Hope that you all will enjoy reading this community blog. thank you.

Labels: , , , , ,

Posted by kakisembang@3:21:00 AM 0 comments


Taik Idup sedap .....

Tuesday, May 13, 2008, posted by kakisembang



Funny huh? I think I should keep all my taik idung and bottled it for sale then. Gud for health, nyam nyam!

Labels: , , , , ,

Posted by kakisembang@8:36:00 PM 1 comments


Bahan Lawak 2

Thursday, May 08, 2008, posted by kei

Malas nak komen, korang baca la sendiri.

Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto

SHAH ALAM 7 Mei - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.

Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.

"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .

"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan untuk tidak menurunkan cukai taksiran berikutan keadaan ekonomi negeri ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.

Penurunan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus merupakan antara tawaran yang dibuat oleh PKR dan Pas dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat.

Tawaran-tawaran lain ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Menurut Mohd. Shaid, beliau membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara yang sama berulang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, parti-parti politik seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah dijanjikan semasa berkempen dan bukan bertindak sesuka hati setelah memenangi pilihan raya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika ada pihak yang mahu membiayai kos guaman.


*gelak guling-guling sampai sakit perut*
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

sos : Utusan

Labels: , , , , , ,

Posted by kei@1:29:00 PM 2 comments



Archives